Skuad Bojan Hodak Tempah Tiket Ke Kejohanan AFC Bawah 19 Tahun

Skuad bawah 19 tahun negara berjaya menempah slot ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 19 Tahun AFC pada tahun depan di Indonesia apabila mengesahkan kedudukan dalam kelompok lima naib juara terbaik pada kempen kelayakan yang berakhir malam tadi.

Walaupun tewas 0-3 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan F, Malaysia masih mengharapkan pada keajaiban untuk mara ke pusingan akhir menerusi kedudukan tempat kedua terbaik.

Dalam perlawanan sebelum ini, anak buah Bojan Hodak membuktikan status sebagai jaguh asean apabila berjaya menewaskan tiga pasukan lain iaitu Timor Leste (3-1), Brunei (1-0) dan Indonesia (4-1), namun perubahan format pertandingan menyaksikan hanya aksi menentang skuad Indonesia sahaja diambil kira.

Mengulas mengenai perlawanan menentang Korea Selatan, Bojan berpuas hati dengan prestasi pasukannya terutamanya di separuh masa kedua.

“Anak buah saya beraksi dengan tempo permainan tinggi dan jika dilihat, kita memiliki tiga peluang namun gagal menghasilkan gol sementara Korea Selatan turut memiliki tiga peluang dan berjaya menyempurnakannya dengan baik.

“Disiplin pertahanan kita juga beraksi dengan baik namun harus diingat, kita beraksi menentang pasukan yang secara teknikalnya adalah lebih baik daripada kita.

“Apapun, kini kita perlu mengharapkan tiga mata yang diperoleh ketika menentang Indonesia sudah cukup untuk membawa kita ke pusingan akhir Kejuaraan B-19 AFC tahun depan,” katanya kepada berita harian.

Malaysia mengesahkan tiket ke pusingan akhir melalui keputusan Arab Saudi menentang Yemen yang akan menentukan nasib pasukan-pasukan yang menghuni kedudukan ranking tempat kedua terbaik.

Perlawanan itu menyaksikan Arab Saudi bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan dramatik ke atas Yaman 2-1 yang berlangsung di Stadium Putera Mohd Fahad, Arab Saudi awal pagi tadi sekali gus muncul sebagai juara kumpulan D sambil menutup peluang jiran tetangganya itu untuk layak ke pusingan akhir.

Dengan berakhirnya kempen kelayakan sebentar tadi, maka lengkaplah pencarian 16 pasukan yang akan berentap bersama-sama Indonesia selaku tuan rumah yang dijadualkan berlangsung pada September depan.

Pasukan-pasukan berkenaan ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tajikistan, Qatar, Arab Saudi, Jordan, Korea Selatan, China, Vietnam, Jepun dan Australia dengan masing-masing muncul sebagai juara Kumpulan A-J.

Manakala lima pasukan naib juara terbaik pula terdiri daripada Iraq, Thailand, Korea Utara, Taiwan dan Malaysia.

Kejayaan itu turut mengikut jejak dua lagi skuad muda negara iaitu B-23 dan B-16 yang turut layak beraksi di pusingan akhir AFC tahun depan di mana pasukan kendalian Datuk Ong Kim Swee akan beraksi di China Januari ini, sementara skuad Lim Teong Kim menjadi tuan rumah, Ogos nanti.

Dengan prestasi skuad senior negara masih tidak menentu, pencapaian tiga pasukan adik ini sekurang-kurangnya membawa sinar harapan baharu buat bola sepak negara untuk kembali dihormati sekali gus mempamerkan belang di arena antarabangsa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN