Skuad Bojan Hodak Mungkin Berlatih Di Sepanyol

Skuad Malaysia bawah 19 tahun kemungkinan akan dihantar berlatih di Sepanyol sebagai persiapan menghadapi pusingan akhir Kejohanan AFC B-19 di Indonesia tahun depan.

Ketua jurulatih skuad B-19 negara, Bojan Hodak, mengesahkan perkara itu dan beliau sedang merangka persiapan terhadap barisan muda negara yang kemungkinan turut akan menyertai kejohanan antarabangsa di Indonesia pada Februari depan.

Menurut Hodak, perancangan buat skuad B-19 negara masih belum dimuktamadkan, namun mengakui pasukannya memerlukan aksi kompetitif sebelum bersaing di Indonesia, Oktober depan.

Beliau bercakap kepada Astro Arena bahawa skuad Malaysia Bawah 19 Tahun mendapat jemputan untuk beraksi dalam sebuah kejohanan antarabangsa di negara tuan rumah itu.

“Kami baru sahaja merangka perancangan untuk skuad B-19 pada tahun depan. Ketika ini, kami diundang dalam sebuah kejohanan yang akan diadakan selama lapan hari di Indonesia pada Februari nanti.

“Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mahu menghantar skuad B-19 berlatih di Eropah, kemungkinan besar kami akan ke Sepanyol dan tahap cabaran di sana sangat tinggi dan ia bagus untuk kami,” katanya kepada Astro Arena

Skuad bawah 19 tahun negara mencipta sejarah layak ke kejohanan AFC tahun depan selepas muncul sebagai tempat kedua terbaik dalam kumpulan.

Jurulatih yang berasal dari Croatia itu turut tidak bersetuju dengan cadangan sesetengah pemerhati bola sepak tempatan untuk pemain B-19 negara diserapkan ke dalam skuad senior.

“Masih terlalu awal untuk melakukannya kerana mana-mana pasukan dunia pun akan mengetengahkan langkah demi langkah.

“Kami menyasarkan untuk menembusi skuad B-23 dan Datuk Ong Kim Swee mungkin akan memanggil beberapa pemain B-19.

“Mereka perlu membuktikan bahawa mereka pemain terbaik dalam skuad B-23 sebelum ke peringkat senior.

“Anda tidak boleh melangkau dari sekolah rendah terus ke peringkat universiti,” katanya.

Skuad bawah 19 tahun negara berjaya menempah slot ke pusingan akhir Kejohanan Bawah 19 Tahun AFC pada tahun depan di Indonesia apabila mengesahkan kedudukan dalam kelompok lima naib juara terbaik pada kempen kelayakan yang berakhir malam tadi.

Walaupun tewas 0-3 kepada Korea Selatan dalam aksi terakhir Kumpulan F, Malaysia masih mengharapkan pada keajaiban untuk mara ke pusingan akhir menerusi kedudukan tempat kedua terbaik.

Malaysia mengesahkan tiket ke pusingan akhir melalui keputusan Arab Saudi menentang Yemen yang akan menentukan nasib pasukan-pasukan yang menghuni kedudukan ranking tempat kedua terbaik.

Sumber : Stadium Astro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN