Pasukan kebangsaan Bawah-23 tahun (B-23) Indonesia bertekad mahu mengubati kekecewaan melihat prestasi buruk skuad senior mereka dengan meraih pingat emas dalam temasya Sukan SEA yang akan berlangsung di Filipina.
Kegagalan skuad Garuda meraih sebarang mata dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 selepas empat perlawanan ternyata mengecewakan seluruh rakyat Indonesia.
Namun begitu rakyat, dan penyokong Indonesia mungkin boleh melupakan sementara kepiluan itu apabila skuad B-23 negara mereka akan beraksi dalam acara bola sepak kejohanan dwi tahunan itu bermula bulan depan.
Pengurus skuad B-23 Indonesia, Sumardji mengakui tidak mudah untuk memikul tanggungjawab mengurus pasukan negara yang mempunyai 267 juta penduduk itu.
Menurut beliau, begitu banyak ujian dan cabaran yang melanda sehingga skuad senior Indonesia gagal meraih sebarang kemenangan daripada empat perlawanan kelayakan Piala Dunia tersebut.
Sumardji Sebut Jadi Manajer Timnas Indonesia Penuh Tantanganhttps://t.co/pLcZJyIrCZ pic.twitter.com/K3uWIGySoB
— Bolalob.com (@Bolalob) October 22, 2019
Sumardji yang juga pengurus Bhayangkara FC melihat Sukan SEA 2019 ini adalah peluang untuk anak didik Indra Sjafri merebut gelaran juara sekaligus mendapatkan ibu segala pingat temasya itu.
Kali terakhir Indonesia menggondol pingat emas menerusi acara bola sepak adalah ketika kejohanan Sukan SEA 1991 di Filipina. Ini bermakna sudah 28 tahun Indonesia kemarau pingat emas acara berkenaan.
Memandangkan Sukan SEA sekali lagi diadakan di Filipina, adakah Indonesia mampu mengulangi pencapaian tersebut pada tahun ini?
“Sasaran itu realistik untuk skuad B-23. Dengan perkembangan pemain-pemain ini saya yakin mereka bola lakukannya,” kata Sumardji kepada wartawan BolaSport.
Sumardji optimis kerana beliau mampu merasakan aura semangat di dalam kem pasukan B-23. Tambah beliau, pemain-pemain muda lebih mudah untuk berkomunikasi berbanding pemain senior.
Sumardji: Jika Ingin Bangkit, Timnas Indonesia Butuh ‘Wajah Baru’ – Bolalob https://t.co/T26URvUECH pic.twitter.com/uXsM9np03l
— Masasih.id (@masasih_id) October 22, 2019
Kontrak Sumardji bersama PSSI akan berakhir pada Disember ini selepas tamat kejohanan Sukan SEA, tetapi beliau berjanji akan terus memberikan motovasi kepada pemain muda negara.
Mengulas mengenai pasukan lawan yang akan dihadapi di peringkat kumpulan, Sumardji mendakwa lawan paling sukar buat mereka adalah Thailand.
“Kalau saya lihat, Thailand [lawan paling kuat], yang lain saya percaya kami masih mampu mengimbangi kekuatan mereka,” kata Sumardji.
Selain itu, Indonesia turut diletakkan satu kumpulan dengan Vietnam, Singapura, Laos dan Brunei. Kejohanan Sukan SEA akan berlangsung pada penghujung November sehingga pertengahan Disember ini.