Sukan SEA: Pencapaian Skuad B-22 Negara Gamit Sejarah Hitam 1991

Skuad bola sepak Bawah-22 tahun negara dijangka akan pulang ke tanah air pada hari ini.

Satu perkara yang pasti, tiada sambutan besar-besaran menanti skuad Harimau Muda kendalian Datuk Ong Kim Swee selepas gagal melepasi peringkat kumpulan acara bola sepak di Manila.

Pasukan negara memulakan cabaran dengan keputusan seri 1-1 menentang Myanmar sebelum tewas 1-0 kepada Filipina.

Walaupun kemudiannya bangkit menewaskan 4-0 kepada Timor Leste dalam perlawanan ketiga, kekalahan 3-1 kepada Kemboja semalam merumuskan prestasi keseluruhan pasukan negara di temasya dwi tahunan tersebut secara keseluruhan.

Kekecewaan pasukan negara di edisi ke-30 Sukan SEA pada kali ini menggamit sejarah hitam bola sepak negara pada 1991.

Filipina turut menjadi tuan rumah pada edisi tersebut. Cabaran pasukan negara pada ketika itu dimulai dengan kekalahan kepada seteru serumpun, Indonesia dengan jaringan 2-0.

Berhadapan pasukan yang dianggap paling lemah di dalam kumpulan – walaupun berstatus tuan rumah – skuad kendalian Rahim Abdullah dikejutkan Filipina dengan jaringan 1-0.

Dua kali tewas bermakna kemenangan 2-1 ke atas Vietnam pada ketika itu sekadar pelengkap jadual perlawanan.

Berbeza dengan skuad bawah umur pada hari ini, pasukan negara pada ketika itu turut dibarisi nama-nama hebat bola sepak negara seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah.

Kita semua tahu apa yang berlaku kepada bola sepak Malaysia selepas itu. Prestasi kita di setiap kejohanan antarabangsa terus merudum.

Kebanggaan kita sebagai kuasa besar bola sepak di peringkat rantau Asia Tenggara dan Asia turut tercalar.

Adam Nor Azlin Haziq Nadzli Sukan SEA 2019 Malaysia Filipina
FOTO: FAM

Pasukan negara kendalian Datuk Ong Kim Swee mungkin sudah mengucapkan selamat tinggal ketika artikel ini ditulis.

Namun apa yang kita harapkan ialah kekalahan ini dijadikan teladan buat barisan pemain. Berbeza dengan skuad 1991, pasukan negara pada kali ini dibarisi pemain muda.

Pemain-pemain inilah yang akan membarisi skuad utama negara pada masa akan datang.

Bangkitlah kembali hai Sang Harimau Muda. Bangkit dan kembali mengaum. Kita pasti tidak mahu sejarah berulang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN