Skuad B-17 Bakal Rombak Kesebelasan Utama Untuk Aksi Bertemu Arab Saudi

Skuad kebangsaan bawah 17 (B-17) antara mencuri tumpuan ramai pemerhati bola sepak tempatan kini, kerana mereka bakal menghadapi aksi getir Piala Asia 2023 tidak lama lagi di Thailand.

Sebelum itu, beberapa persiapan rapi sudah dibuat oleh skuad pembangunan ini dengan beberapa aksi persahabatan turut dilakukan di Qatar bersama beberapa buah pasukan tempatan sana.

Hasilnya jelas sangat positif dengan beberapa kemenangan serta corak permainan menyakinkan telah dipamerkan oleh skuad kendalian Osmera Omaro sebelum saingan sebenar bermula.

Malah, skuad B-17 negara juga turut menjalani aksi persahabatan bersama beberapa negara terpilih seperti Uzbekistan serta seterusnya ialah Arab Saudi.

Pada aksi lalu, Malaysia B-17 telah mencatat kekalahan 2-3 kepada Uzbekistan dan beberapa kelemahan serta kualiti permainan negara telah diuji dengan begitu baik.

Untuk aksi seterusnya menentang Arab Saudi B-17, beberapa perubahan dijangka bakal dibuat oleh Omaro selain beliau turut menuntut agar para pemain tampil berhati-hati.

Pesanan tersebut dititipkan kerana beliau mahu para pemain mengelak daripada menerima kecederaan yang tidak diingini sebelum mereka berlepas ke Thailand.

Berbaki tujuh hari sebelum saingan Piala Asia bermula, pastinya pengendali tersebut tidak mahu para pemain beliau mengalami kecederaan pada saat akhir terutama sekali membabitkan kesebelasan utama.

“Hari ini (ketika aksi persahabatan dengan Uzbekistan Selasa lalu) kita mula dengan kesebelasan terbaik.

“Tapi kita tak nak juga untuk perlawanan ini pemain utama kita dapat kecederaan. Jadi kita kena ambil sikit langkah berjaga-jaga (apabila berdepan Arab Saudi), di mana kita boleh buat enam pertukaran.

“Kalau dalam perlawanan sebenar boleh buat lima pertukaran, jadi mungkin akan ada perubahan nanti,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Untuk saingan Piala Asia nanti, Malaysia telah ditempatkan dalam Kumpulan A untuk menentang tuan rumah iaitu Thailand, Yaman, serta menghadapi cabaran daripada Laos.

Menerusi prestasi semasa serta persiapan yang dibuat, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah meletakkan sasaran tinggi supaya skuad B-17 melayakkan diri ke saingan Piala Dunia hujung tahun ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN