Skuad AMD Terus Mekar, Raih Kejuaraan ICFL B-16 Di Kelantan

Akademi Mokhtar Dahari

Skuad hasil projek yang dihasilkan oleh Akademi Mokhtar Dahari (AMD) kini terus menunjukkan kualiti mereka apabila berjaya merangkul kejayaan dalam kejohanan Inter Club Football League (ICFL) di Tanah Merah, Kelantan.

Dalam perlawanan akhir yang diadakan semalam, AMD yang menghantar dua pasukan iaitu AMD A dan AMD B berjaya merangkul kedudukan tiga terbaik dalam kejohanan tersebut.

AMD A berjaya mara ke perlawanan akhir dan mereka menewaskan Grey United dengan jaringan 1-0.

Sementara AMD B pula memperoleh tempat ketiga dalam perlawanan third place play-off menewaskan Mutiara Soccer Allstar.

Melihat kepada kejayaan skuad AMD dan juga kejohanan ini secara keseluruhan, Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar berkata beliau berbangga dengan kesemua pasukan yang bertanding.

Menurut beliau, kesemua pasukan mengambil inspirasi daripada skuad AMD, dan apabila mereka berjaya bersaing dengan mereka itu menunjukkan sesuatu yang positif.

“Walaupun AMD A menjadi juara namun saya bangga dengan semua pemain yang bertanding. Mereka telah buktikan bahawa mereka juga setaraf dan setanding dengan AMD A dan AMD B yang mereka jadikan idola selama ini.”

“Saya sangat teruja dengan semangat pemain-pemain yang memberikan daya saing diluar jangkaan menentang AMD A dan AMD B sepanjang kejohanan.”

Akademi Mokhtar Dahari
Antara aksi yang ditunjukkan dalam kejohanan ICFL di Kelantan.

Kejohanan ICFL yang diadakan di Kelantan merupakan edisi Pantai Timur sebelum ianya melakukan jelajah ke zon Utara dan zon Tengah iaitu di Kuala Lumpur.

Sebanyak 16 pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini, iaitu:

  • AMD A
  • AMD B
  • Grey United
  • Grey United B
  • Mutiara Soccer Allstar
  • Afza United
  • Air Merah
  • Junior Mutiara
  • Harimau Biru
  • NFFA
  • PLD Paduka
  • Boys of Super Sombilan
  • MSN Melaka A
  • MSN Melaka B
  • DK United
  • Red Eagle

Lebih menarik mengenai kejohanan ini, mereka memperkenalkan kategori loserpool. Format tersebut berfungsi untuk mencari pemenang dalam kalangan kelab-kelab terbawah dalam kejohanan ini.

Grey United B menjadi johan bagi kategori ini sementara Junior Mutiara menjadi naib johan selepas kalah di perlawanan akhir dengan jaringan 2-0.

ICFL menawarkan slot ke kejohanan peringkat Asia bagi empat pasukan terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN