SKA Khabarovsk, Kelab Yang Bakal Menempuh ‘Awayday’ Paling Jauh

Percayakah anda, penyokong pasukan SKA Khabarovsk bakal menghadapi ‘away-day’ paling jauh?

Ya, kelab itu baru dinaikkan ke Liga Perdana Rusia musim hadapan. Mereka menewaskan Orenburg melalui sepakan penalti 5-3 setelah agregat terikat 0-0.

Bandar raya Khabarovsk terletak sejauh hampir 9000 kilometer dari ibu negara Rusia, Moscow. Tetapi jarak Khabarovsk dengan sempadan Rusia-China tidak sampai 30 kilometer.

Perjalanan jauh

Jarak Moscow ke Khabarovsk. Sumber: Google Maps dan BBC.

Penyokong kelab itu sekurang-kurangnya perlu mengambil cuti dua hari untuk pergi balik ke Moscow!

Itu pun jika menggunakan kapal terbang yang mengambil masa 8 jam. Jika berkereta, penyokong terpaksa memandu selama 4 hari setengah.

Tetapi bagi penyokong yang suka menggunakan keretapi, tempohnya selama 5 hari setengah. Penyokong terpaksa bertukar beberapa kali keretapi.

Entah berapa ramailah yang sanggup ke Moscow untuk ‘away-day’?

Dia dekat tapi jauh…

Penyokong SKA Khabarovsk. Sumber: Trivela BrazilLiga Perdana Rusia musim hadapan menyaksikan 3 kelab Moscow akan bersaing. Tidak lain tidak bukan ialah Spartak, CSKA dan Lokomotiv.

Kelab yang bertanding paling dekat dengan SKA Khabarovsk ialah, Ural Yekaterinburg. Jauhnya cuma lebih kurang 6600 kilometer. Masih boleh dianggap dekat?

Siaran langsung?

Rasanya penyokong mereka juga bakal terseksa. Sekiranya pasukan kesayangan mereka ke Moscow untuk saingan liga, mereka dapat menonton perlawanan secara langung dengan beza 7 jam.

Sekiranya perlawanan liga berlangsung pada jam 5 petang waktu Moscow, siaran langsung akan disiarkan di Khabarovsk pada jam 12 tengah malam esoknya.

Penyokong Khabarovsk bolehlah bertanya kepada penonton Liga Inggeris di Malaysia bagaimana menghadapi masalah seperti ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN