“Situasinya ‘Tegang’ Sejak Kami Tiba” – Pau Marti Kongsi Pengalaman Sejak Tiba Di Malaysia

Mungkin kerana harapan yang diletakkan penyokong, pembantu jurulatih skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui situasinya ‘tegang’ sejak beliau dan barisan kejurulatihan lain di bawah Kim Pan-gon dilantik untuk mengemudi skuad Harimau Malaya.

Walaupun demikian beliau menyatakan kegembiraan atas komitmen yang ditunjukkan oleh semua pihak termasuk pemain, staff, dan sokongan padu yang diberikan penyokong atas usaha mereka setakat ini.

Melalui satu ciapan di akaun twitter, Pau Marti berkata: “Situasinya tegang sejak kami tiba di sini [Malaysia], tetapi ia adalah pengalaman yang menarik setakat ini.

“Komitmen dari [semua] kakitangan dan pemain amat tinggi dan kami turut dapat merasakan sokongan yang diberikan oleh penyokong.

“Objektif seterusnya adalah pada Jun nanti, dan kita [penyokong] harus memenuhi stadium [Stadium Nasional Bukit Jalil] untuk mencipta sejarah untuk Malaysia.”

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon baru-baru ini menyertai kejohanan tiga penjuru, FAS Tri Nations di Singapura pada penghujung Mac lalu.

Berjaya memperolehi kemenangan 2-0 ke atas Filipina, pasukan negara bagaimanapun ditewaskan 3-1 oleh Singapura pada perlawanan kedua.

Walaupun sekadar mencatatkan satu kemenangan dan satu kekalahan, banyak petanda positif ditunjukkan oleh barisa pemain ketika perlawanan walaupun persiapan hanya dilakukan di dalam tempoh singkat.

Malaysia akan menjadi tuan rumah pusingan kelayakan Piala Asia 2023 untuk saingan Kumpulan E.

Pasukan di ranking ke-89 yang juga pasukan terbaik di peringkat kelayakan pusingan ketiga iaitu Bahrain bakal menjadi antara lawan buat skuad Harimau Malaya pada Kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Selain itu pasukan negara turut akan berhadapan Turkmenistan di kedudukan ke-134 dunia dan Bangladesh yang berada di rangking ke-186.

Semua pasukan akan berentap dalam tiga perlawanan yang akan berlangsung pada 8, 11 dan 14 Jun ini.

Di atas kertas, anak buah Kim Pan Gon itu pasti berdepan cabaran sukar namun setidak- tidaknya mereka memiliki motivasi terbaik apabila berpeluang beraksi di laman sendiri.

Status sebagai tuan rumah pasti menyuntik semangat pemain dalam misi mencipta kejutan untuk mara ke pusingan akhir di China tahun hadapan.

Juara setiap kumpulan dan lima naib juara terbaik daripada enam kumpulan akan mengesahkan tiket ke pusingan akhir.

Setakat ini, 13 pasukan sudahpun layak ke China iaitu China sebagai tuan rumah, Australia, Iran, Jepun, Korea Selatan, Qatar, Arab Saudi, Syria dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selain juara kumpulan pusingan kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN