Musim bola sepak England dijangka akan mengalami satu lagi pusingan plot yang mungkin tidak dijangka penyokong mereka.
Menurut laporan Sky Sports, pihak Premier League, English Football League (EFL) dan Professional Footballers Association (PFA) sudah mengadakan perbincangan untuk menentukan hala tuju musim ini.
Mereka memberikan bayangan yang akan ada keputusan yang sukar bakal dilakukan oleh mereka.
“Premier League, English Football League dan Professional Footballers Association bersetuju yang keputusan sukar akan diambil dalam memastikan impak ekonomi hasil dari penangguhan liga profesional di England dan bersetuju untuk bekerjasama dalam mencari penyelesaian bersama.”
Hal ini berlaku kerana ada beberapa pasukan di England yang sudah terasa bahang masalah kewangan hinggakan terpaksa meminta pemain mereka untuk memotong gaji.
Perbincangan itu bukan untuk menimbangkan potensi untuk membatalkan musim ini, kerana bola sepak di England dijangka akan disambung juga pada 30 April ini.
“Liga akan disambung paling awal pada 30 April, ianya akan dilakukan apabila keadaan sudah selamat sepenuhnya.”
“Mesyuarat susulan akan dilakukan pada minggu hadapan untuk mendapatkan formula menghadapi waktu sukar buat liga, pasukan, pemain, staf dan juga pemain.”