Musim panas ini menyaksikan sistem Video Assistant Referee (VAR) giat diuji dipelbagai kejohanan.
Kejohanan seperti Piala Konfederasi dan Piala Dunia B-20 di Korea Selatan telah menggunakan sistem VAR ini bagi menguji sejauh mana keberkesanan sistem ini kepada bola sepak.
Terdapat beberapa insiden yang telah memberi kesan hasil daripada VAR ini.
Baru-baru ini, laman Twitter Semuanya BOLA di @mysemuanyabola telah melakukan satu bancian ringkas mengenai pendapat anda semua mengenai sistem VAR ini.
Hashtag #SayaDanVAR telah digunakan dalam perbincangan ini dan hasilnya cukup baik. Terima kasih kepada semua yang terlibat!
Soalannya berbunyi, apa pendapat anda tentang VAR?
Sertakan hashtag #SayaDanVAR agar kami bisa mencari tweet anda nanti 🤗#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/7WFpsUoeF2
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 19, 2017
Hilang drama
Bagi sesetengah dari anda, sistem VAR telah membunuh keseronokan dalam bola sepak.
Sistem VAR dikatakan telah membunuh elemen drama dalam permainan bola sepak yang sudah sebati dengan permainan ini.
https://twitter.com/ajimzalil/status/876869277109714945
Hilang seri dan seni bolasepak #SayaDanVAR https://t.co/H9OP1EYXfm
— Ismail Ahmad Radzuan (@ElTheGoat) June 19, 2017
takpayah laa VAR ni. mcm xbest plak. takdak laa drama sikit dlm bola nti. drama2 ni yg best. haha #SayaDanVAR
— DYNO (@abengdyno) June 19, 2017
Akan tetapi, ada juga yang menerima kehadiran sistem VAR ini. Bagi mereka, ia dapat menghapuskan kesilapan pengadil yang memberi kesan besar kepada perlawanan.
Masih ingat insiden perlawanan Chelsea dan Barcelona pada 2009?
Adil dan saksama! So takde laa peristiwa reff tak adil nokharom time barcelona vs chelsea 2008 berulang https://t.co/CKlbFOvNKL
— Adamly🇲🇾 (@_adamhaikalll) June 19, 2017
Kalau VAR digunakan masa UCL 2009 Chelsea vs Barca (2nd leg), sejarah bolasepak pasti berubah https://t.co/4jnK7eGsEB
— ازمي (@nurzmi) June 19, 2017
Ada juga yang menyokong sistem VAR ini diteruskan, bagi mengelakkan ada penyokong ‘meroyan’ apabila mereka menjadi mangsa.
Pada aku ok je..kang kalo gol tu gol kontroversi offside..korang juga meroyan..sebulan cerita tak habis..layan jelah..#SayaDanVAR
— SuamSuamKuku (@yazaniq) June 19, 2017
Masa terlalu lama
Ada diantara anda yang tidak gemarkan sistem VAR ini kerana ia mengambil terlalu lama masa untuk keputusan dihasilkan.
https://twitter.com/ahmadsyhmi/status/876792357319880704
https://twitter.com/raheemismael_/status/876858288649887744
https://twitter.com/Brogaram/status/876782089122664448
Ikut cara sukan lain
Ada yang mencadangkan agar sistem VAR bola sepak ini dihadkan seperti sukan badminton dan tenis.
Dalam sukan badminton, seorang pemain hanya dibenarkan untuk menggunakan teknologi hawkeye yang merupakan sistem yang hampir serupa dengan sistem VAR sebanyak 3 kali sahaja pada setiap set.
VAR ni sepatut nya buat lah macam badminton. Buat satu team 2 atau 3 kali peluang guna VAR. Kesian oi org dah celebrate. Tp goal tak kira.
— Joko (@_MohdNajmi) June 19, 2017
Buat macam NFL. Team boleh mintak var dua kali dlm satu game. Ref tak de la terbeban sgt. #SayaDanVAR
— Adam Zaqwan (@adamzaqwan10) June 19, 2017
Mungkin boleh tiru VAR badminton/tennis jugak. Tiap team boleh challenge decision ref myb 2 kali per HT. Kalau successful tak perlu tolak
— napiey_adnan (@hanafiadnan1807) June 19, 2017
Apa pun, sistem VAR ini masih lagi di peringkat percubaan dan masih punya cacat celanya. Banyak lagi perlu diperbaiki.
Terima kasih kepada anda semua yang mengambil bahagian di Twitter kami. Kali ini, kami nak tahu pendapat anda yang berada di Facebook pula. Ayuh!