Setelah agak lama penantian penyokong bola sepak Malaysia inginkan perubahan baharu dalam sistem pengadilan di atas padang, akhirnya mereka bakal merasainya sendiri pada hujung tahun ini.
Sistem Video Assistant Referee atau lebih dikenali sebagai VAR sebenarnya sudah pun meniti dalam kalangan para penyokong tempatan, selepas mereka menginginkan perubahan baharu dalam bola sepak negara.
Paling Awal VAR Diguna Di Liga M Adalah Di Final Piala Malaysia 2023?https://t.co/zPak5G6mRM
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 26, 2023
Walaupun begitu, ianya tidak dapat ditunaikan secepat mungkin kerana memerlukan dana yang agak tinggi serta perlu dikaji sebelum dilaksanakan di Malaysia.
Walaupun begitu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah pun memberi suatu perkhabaran positif tentang perkara tersebut dan sistem VAR bakal digunakan bermula hujung tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL iaitu Stuart Ramalingam, setakat ini persediaan untuk menggunakan sistem tersebut sudah pun mencapai 50 peratus dan ianya akan meningkat dari masa ke semasa.
“Perbincangan lebih lanjut sudah dilakukan, di sini saya boleh katakan kita sudah lebih daripada 50 peratus perancangan.
“Lebih daripada itu patut menjawabnya adalah FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) kerana FAM adalah pengendali dan pengurus kepada aktiviti kepengadilan.
“Saya boleh katakan saya amat gembira dengan perkembangan yang kita boleh laksanakan ini. Kita harap sebelum hujung tahun kita dapat mencuba,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Stuart juga menyatakan kini pegawai-pegawai yang bakal terlibat dalam sistem tersebut juga sudah pun dihantar menjalani kursus sebelum mereka layak mengendalikan VAR.
RASMI: Bukit Jalil Jadi Gelanggang Final Piala AFC, VAR Akan Digunakanhttps://t.co/PuvEU7zDMf
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) October 12, 2022
“Dan juga pegawai pengadil yang sudah berkelayakan untuk mengendalikan VAR sebab sistemnya adalah sistem yang boleh dikendalikan cepat, tetapi pengajaran atau kursus kepada pengadil-pengadil VAR adalah memakan masa yang lama.
“Daripada percaturan dalam FAM dan MFL dalam hujung tahun ini, di mana ia memerlukan masa enam bulan untuk latihan saja itu selain, daripada itu implimentasi VAR di venue-venue juga,” katanya lagi.
Menurut jangkaan, sistem VAR bakal dirasmikan buat pertama kali dalam saingan domestik menerusi aksi Piala Malaysia yang bakal berlangsung pada hujung tahun ini.
JDT Bakal Jadi Kelab Pertama Dari Malaysia Manfaatkan VARhttps://t.co/H2GaQOoO8j
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 17, 2022
FAM sebelum ini dilaporkan telah pun bersetuju untuk menggunakan sistem berkenaan di Malaysia bagi saingan Liga M musim ini, setelah menerima galakan baik daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi digunakan dalam saingan liga domestik.