Aksi bola sepak di England bakal dimulakan dengan perlawanan FA Community Shield pada hujung minggu ini.
Perlawanan yang menandakan sebagai permulaan kepada kalendar bola sepak di England ini bakal memenemukan juara Premier League pada musim lalu iaitu Chelsea dan juga juara FA Cup musim lalu iaitu Arsenal.
Apa yang menarik selain daripada permulaaan musim baharu dengan nama-nama baharu bakal mencipta nama di England seperti Alvaro Morata dan juga Alexandre Lacazette, peraturan baharu bakal digunakan!
Perlawanan FA Community Shield lazimnya dilangsungkan tanpa masa tambahan, jadi sekiranya perlawanan berakhir dengan kedudukan seri selepas 90 minit – maka pemenang akan dicari menerusi sepakan penalti.
Untuk musim baharu, peraturan itu akan diubah dengan andai perlawanan berakhir dengan seri selepas 90 minit.
Lazimnya, sepakan penalti akan menggunakan ABAB dengan pasukan A akan mengambil sepakan kemudian diikuti dengan pasukan B.
Namun pada musim ini, format ABBA akan digunakan dengan pasukan A akan mengambil sepakan terlebih dahulu kemudian diikuti dengan pasukan B.
Selepas itu, pasukan B akan mengambil sepakan dan diikuti dengan pasukan A. Secara mudahnya, sepakan penalti sebegini menggunakan format sistem tie-break dalam sukan tenis.
Sistem ABBA ini akan digunakan dalam semua kejohanan di serata England bermula musim ini.
Sumber:
- Chelsea (2017): New penalty system trial at Wembley; http://www.chelseafc.com/news/latest-news/2017/08/new-penalty-system-to-be-trialled-at-community-shield.html