Di Amerika Syarikat, sistem draf ini adalah satu perkara biasa yang dilakukan dalam mana-mana sukan tidak kira bola keranjang, bola lisut atau hoki ais.
Sukan bola sepak juga tidak terkecuali, di Major League Soccer (MLS) sistem draf ini juga diguna pakai pada setiap musim.
Dengan jumlah pasukan MLS semakin meningkat dari tahun ke tahun, dan yang terbaru penyertaan 2 pasukan iaitu Minnesota FC dan Atlanta United telah menyebabkan sesi draf telah dilakukan.
Kami akan terangkan bagaimana sistem draf ini dilaksanakan di MLS dan berapa jenis draf yang digunakan.
Expansion draft
Expansion draft ini merupakan salah satu sesi draf yang diwujudkan oleh MLS untuk membantu kelab yang bakal membuat kemunculan pertama mereka di MLS.
Seperti Minnesota FC dan Atlanta United, mereka akan menerima beberapa pemain dari kelab-kelab MLS yang lain hasil dari expansion draft ini.
Untuk musim ini, expansion draft dilangsungkan 3 hari selepas MLS Cup berakhir. Kesemua kelab kecuali Minnesota FC dan Atlanta United perlu melakukan beberapa tugas menjelang expansion draft.
Pertama adalah mengeluarkan senarai Free Agency List, kelab-kelab di MLS perlu mengeluarkan senarai nama pemain di kelab mereka yang akan menjadi free agent selepas tamat musim.
Ini disebabkan kerana pemain tersebut sudah tamat kontrak dengan kelab, dan kelab berkeputusan untuk tidak menyambung kontrak beliau.
Menjelang sesi expansion draft, kelab-kelab di MLS perlu melakukan senarai Protected & Unprotected List.
Protected & Unprotected List merupakan senarai pemain yang dikeluarkan oleh kelab untuk pilihan pemain yang kelab-kelab expansion MLS boleh dipilih.
Sifirnya adalah mudah:
- Protected players – pemain yang dilindungi oleh kelabnya, jadi kelab expansion MLS tidak boleh pilih pemain tersebut.
- Unprotected players – pemain yang dibenarkan oleh kelab untuk dilepaskan ke kelab expansion MLS.
Lazimnya, pemain yang memperoleh status protected ini merupakan pemain-pemain utama di kelab. Dan pemain unprotected merupakan pemain yang kurang mendapat tempat di kelab.
Ketika expansion draft, 2 kelab expansion MLS akan melalui 5 pusingan draf.
Setiap pusingan, 2 kelab ini akan memilih 1 pemain dan ia akan diulang sebanyak 5 kali. Hasilnya, 10 pemain akan dipilih dengan 5 pemain untuk setiap kelab.
Namun begitu, 2 kelab ini haruslah memilih pemain dari pasukan yang berbeza kesemuanya.
Waiver draft
Waiver draft pula merupakan sistem draf yang diberikan untuk para pemain yang tidak berjaya untuk memasuki senarai Free Agency List.
Lazimnya, para pemain yang memasuki waiver draft ini merupakan para pemain muda yang masih lagi baru berada di MLS.
Dalam sistem draft ini jarang berlaku dengan perpindahan pemain yang ramai. Untuk musim lalu, hanya seorang pemain sahaja yang berjaya menemui kelab baru menerusi sistem ini.
Seperti contoh, pemain Micheal Azira (gambar bawah) dari Seattle Sounders menjadi satu-satunya pemain yang berjaya menemui kelab baharu menerusi sistem ini. Beliau kemudiannya berpindah ke Colorado Rapids.
Oleh kerana tidak ramai yang berjaya menemui kelab baru menerusi sistem ini, senarai pemain yang memasuki sistem waiver draft namun tidak berjaya menemui kelab baru lazimnya akan ke kelab bawahan di Amerika Syarikat atau beraksi di negara lain.
Re-entry draft
Untuk sistem draf yang ini pula ia melibatkan para pemain yang dimasukkan ke dalam Free Agency List oleh kelab masing-masing.
Jika di Eropah atau ditempat lain, pemain yang bergelar free agent ini merupakan pemain yang sudah kehabisan kontrak bersama kelab terakhir beliau.
Namun di Amerika Syarikat, terdapat 3 syarat untuk memboleh pemain itu bergelar free agent:
- Pemain berusia 23 tahun ke atas yang mempunyai pengalaman bermain di MLS sekurang-kurangnya 3 tahun dan tidak menerima penyambungan kontrak oleh kelab beliau.
- Pemain berusia 25 tahun ke atas yang mempunyai pengalaman bermain di MLS sekurang-kurangnya 4 tahun dan tidak mendapat kontrak baharu dengan gaji yang sama seperti musim sebelumnya oleh kelab pemain tersebut.
Re-entry draft ini mempunyai 2 tahap ketika iaitu tahap pertama dan kedua.
Tahap pertama merupakan tahap dimana pasukan-pasukan menawarkan kontrak kali pertama kepada pemain yang dimasukan ke dalam Free Agency List.
Syaratnya adalah kelab tidak boleh menawarkan kontrak kepada pemain mereka sendiri yang termasuk ke dalam senarai ini.
Jika pemain yang mendapat tawaran itu menolak tawaran tersebut, kelab beliau mempunyai hak untuk menghalang pemain itu menerima tawaran dari kelab yang lain di MLS.
Sebagai ganti, pemain yang mempunyai baki kontrak 1 hingga 2 tahun di kelab tersebut akan menggantikan pemain yang menolak tawaran kontrak dalam draf tadi.
Tahap kedua re-entry draft pula melibatkan para pemain yang tidak berjaya mendapatkan kelab baharu ketika tahap pertama. Pada tahap ini, kelab-kelab lain bebas untuk berunding kontrak dengan pemain yang mereka mahu.
Untuk proses ini, ia sama dengan proses-p
Re-entry draft pernah mendapatkan hasil perpindahan yang berjaya. Seperti contoh, Bobby Boswell (gambar bawah) dan Sean Franklin direkrut oleh DC United menerusi sistem ini.
Sejak menyertai DC, kedua-dua pemain ini menjadi pertahanan penting bagi pasukan mereka.
Superdraft
Superdraft pula merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh MLS melibatkan pemain-pemain muda.
Para pemain yang terlibat dalam Superdraft ini merupakan pemain-pemain yang merupakan pelajar dari kolej-kolej sukan di Amerika Syarikat atau NCAA.
Superdraft ini mempunyai 4 pusingan dengan pasukan expansion MLS akan memilih dahulu. Ia kemudiannya diikuti dengan pasukan-pasukan yang tidak layak ke play-off MLS Cup pula akan memilih.
Selepas itu, pasukan-pasukan yang berjaya memasuki play-off MLS Cup pula akan memilih pemain yang mereka. Dan terakhir, finalis MLS Cup akan menjadi 2 pasukan terakhir yang memilih pemain.
Urutan tersebut akan digunakan sepanjang 4 pusingan Superdraft.
Baca juga: Major League Soccer (MLS): Liga Bola Sepak Gaya Amerika Syarikat