Pedro Rodriguez menjadi pemain penting dalam sistem Antonio Conte. Namun dalam perlawanan menentang Atletico tempoh hari beliau diletakkan di bangku simpanan.
Menariknya kali ini, Conte menggunakan sistem 3-5-1-1 ataupun 3-5-2 dengan pendekatan yang mirip taktikal Itali dalam Euro 2016 yang lalu.
Cuma bezanya, Chelsea memiliki kualiti yang lebih baik secara teknikal terutama sekali gandingan Hazard dan Morata.
Apa yang dilakukan Hazard adalah seperti mana peranan Eder yang bebas di belakang Pelle di Itali ketika itu.
Di tengah mereka menggunakan Kante dan Fabregas sebagai no.8 kembar. Manakala Bakayoko pula menjadi no.6. Peranan yang signifikan dengan Kante musim ini.
Secara tidak langsung sistem ini berbentuk pivot tunggal. Memberikan lebih ‘kuasa’ kepada Bakayoko untuk mengepalai bahagian tengah ketika bertahan dan Kante kini ‘bertugas’ di dalam sistem yang diketuai ‘jeneral’ Bakayoko.
Sistem pertahanan mirip Italian Trap – Euro 2016
Saya pernah menjelaskan bagaimana sistem 3-5-2 ini akan menjadi 5-3-2 ataupun 5-4-1 ketika bertahan. Kante dan Fabregas akan berada di kiri dan kanan untuk membentuk perangkap berbentuk segi tiga ini.
Peranan Parolo dan Giacherini adalah peranan Fabregas dan Kante manakala peranan De Rossi adalah peranan Bakayoko.
Jom imbas kembali penerangan saya tentang perangkap ini, kami petik daripada analisis:
Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Itali v Sepanyol (2-0)
The Italian Trap 2016
Masalah utama Sepanyol adalah kegagalan untuk mengatasi Italian Defensive Trap. Itali bermain cattenaccio football dengan unit pertahanan yang ramai dalam disiplin yang tinggi.
Pada masa yang sama 3 aksi menyelamat Buffon juga antara yang menjadi sebab kenapa Sepanyol terus buntu.
Ini adalah penjelasan tentang Italian trap yang dilakukan Itali ketika menentang Belgium
Ini pula cara mereka memerangkap wide player Belgium dalam perlawanan pertama.
Sekarang kita lihat bagaimana mereka mengaktifkan perangkap ini ketika menentang Sepanyol. Pelan ini yang menyukarkan Sepanyol.
Setakat ini, masih belum ada pasukan yang efektif mengatasi taktikal Conte ini walaupun Sepanyol telah berusaha memecahkan blok melalui pelbagai arah.
Ini adalah pelan perangkap yang dengan jumlah pemain yang lebih ramai.
Boleh tak anda lakukan perkaitan?
Ini adalah keadaan yang jelas menunjukkan Chelsea membentuk 5-3-2 ketika bertahan
Namun dalam perlawanan ini, unit bek bertiga iaitu David Luiz agak kurang berdisiplin dan kerapkali ‘menceroboh’ zon tengah tanpa sebab.
Sistem ini memerlukan Luiz bermain seperti Bonucci. Kekal berdisiplin di belakang. Ia berbeza dengan 3-4-3 di mana Luiz boleh bermain lebih ‘advance’.
Tidak hairan jika sistem ini diteruskan Christensen akan menjadi watak penting Conte selepas ini untuk peranan Libeiro.
4 atas (front 4)
4 atas Chelsea ketika ini adalah Fabregas, Kante, Hazard dan Morata. Sistem yang menarik apabila Kante diarahkan bermain peranan no.8. Beliau begitu ‘advance’ dalam sistem ini.
Ini gambaran asas sistem ini. Bagaimana front 4 mereka beroperasi di half-space dan tengah
Lihat peranan Kante di sini yang meninggalakan zon tengah dan beroperasi di hakf space.
Kante dan Fabregas melakukan 103 hantaran secara kumulatif di dalam perlawanan ini. Di hadapan pula Eden Hazard bermain peranan no.10. Peranan Hazard dan Morata sama dengan Eder dan Pelle.
Namun dari segi kualiti, memang la gandingan Hazard dan Morata jauh lebih baik. Hazard dan Morata berjaya ‘menjalinkan’ hubungan dengan baik secara taktikal.
Morata adalah penyudah utama. Apabila bola di kaki dia, dia lebih tamak berbanding dengan peranan Costa sebelum ini.
Dalam sistem dengan Costa, pemain itu boleh ‘hold’ bola dan cuba mencari Hazard dan Pedro. Ia berbeza dengan peranan Morata yang jauh lebih direct.
Morata efektif dan melakukan banyak ancaman dengan percubaan terus selepas menerima bola. Eden Hazard bertindak lebih bebas dalam sistem ini berbanding dengan 3-4-3.
Rumusan
Sistem ini memberikan manfaat kepada Fabregas dan Chelsea boleh mendapatkan kualiti beliau sebagai pemain no.4 tulen di dalam sistem ini.
Lihat impak Fabregas di dalam sistem ini. Beliau sangat selesa kerana dia boleh bermain sebagai no.4 tulen. No.4 merujuk kepada pemain tengah sebenar yang tidak sefizikal no.8 ketika menyerang.
Secara posisinya, peranan Fabregas kita boleh katakan ia no.8 tetapi teperincinya, dia bermain no.4 dan lebih ‘centralized’ berbanding dengan Kante yang lebih ‘advance’.
Sistem ini memang mirip kepada sistem 3-5-2/3-5-1-1 Itali ketika di Euro 2016 namun di Chelsea Conte memiliki pemain yang lebih baik.
Itupun dahulu Conte berjaya membawa Itali mara jauh dengan pasukan yang dianggap ‘sederhana’ untuk negara seperti Itali.
Alvaro Morata jelas lebih semula jadi gerakan beliau dalam sistem ini. Lebih banyak gerakan dengan bola dan gerakan taktikal. Dalam sistem 3-4-3 beliau sedikit terhad berbanding dengan sistem ini.
Sistem 3-5-2 akan menuntut Hazard lebih dinamik dan ia lebih mendedahkan pemain itu dengan bentesan dan juga kecederaan. Itu salah satu risiko, pada pandangan saya.
Tidak pasti sama ada Conte akan kekalkan formasi ini kerana di serangan bertiga saya masih merasakan 3-4-3 Chelsea masih pilihan terbaik. Lagipun Morata tiada masalah bermain dengan 3-4-3.
Lagipun David Luiz kurang selesa dengan sistem ini kerana beliau lebih terhad untuk bergerak ke zon lebih tinggi.
Apa yang jelas Chelsea kini ada sistem alternatif (mungkin juga bakal pelan taktikal utama) yang kuat. Bakayoko lebih fizikal berbanding dengan Kante di hadapan pertahanan akhir.
Kante jelas menunjukkan banyak peningkatan dari segi gerakan dengan bola dan variasi hantaran beliau di dalam padang.
Musim lalu, Conte pernah menarngkan yang Kante ‘takut’ melakukan hantaran vertikal. Namun Conte berkata, tak apa, dia dahulu pun macam Kante, lemah dalam hantaran vertikal.
Dan beliau berjanji akan membantu Kante dalam aspek itu. Dan jelas, Kante memang semakin baik dalam aspek hantaran vertikal.