‘Sirih Pulang Ke Gagang’ – Shinji Kagawa Kembali Sertai Cerezo Osaka

Shinji Kagawa

Selepas lebih sedekad berkelana jauh daripada negara sendiri, kini pemain Jepun iaitu Shinji Kagawa bakal pulang ke saingan domestik negaranya.

Lebih sentimental, pemain itu akan kembali bersama-sama kelab yang pernah menjadi batu loncatan kepada kariernya iaitu Cerezo Osaka.

Kagawa yang kini berusia 33 tahun bakal kembali untuk beraksi buat Osaka selepas 12 tahun membawa namanya dalam bola sepak Eropah.

Menurut laman rasmi Cerezo Osaka, Kagawa kembali selepas berjaya melengkapkan perpindahan dari kelab Belgium iaitu Sint-Troiden VV.

Beliau akan diperkenalkan sebagai pemain Osaka pada Ahad ini dengan sidang media memperkenalkan Kagawa akan dipancarkan secara langsung menerusi laman YouTube rasmi kelab tersebut.

Untuk rekod, ketika bersama-sama Osaka untuk kali pertama, Kagawa melakukan 127 penampilan dengan menghasilkan 57 gol serta 17 bantuan jaringan.

Jumlah penampilan tersebut adalah kedua tertinggi dalam kariernya untuk sebuah kelab. Rekod tertinggi adalah ketika mewakili Borussia Dortmund dengan 216 penampilan.

Ketika beraksi untuk Dortmund adalah detik nama Kagawa mencuri tumpuan di seluruh dunia dengan persembahan cemerlang bersama-sama Mario Gotze, Marco Reus dan Robert Lewandowski sewaktu kelab itu dikendalikan oleh Jurgen Klopp.

Selepas itu, karier Kagawa di Eropah mengalami turun naiknya ketika bersama-sama Manchester United sebelum bersama-sama Besiktas, Real Zaragoza serta PAOK di Greece.

Bersama Truidense, Kagawa melakukan 18 penampilan dengan hanya berjaya menyumbat dua gol serta satu bantuan jaringan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN