Siri Pemecatan Pengurus Kelab EPL : Mangsa Yang Seterusnya Ialah..

Frank de Boer (Crystal Palace), Craig Shakespeare (Leicester City) dan terkini Ronald Koeman (Everton). Ini adalah nama-nama pengurus yang dipecat oleh majikan kelab mereka gara-gara kerana prestasi buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas 9 perlawanan.

De Boer dipecat hanya selepas lima perlawanan dan 77 hari membimbing skuad The Eagles. Selepas itu, Leicester City pula mengambil tindakan sama apabila memecat Shakespeare yang sempat berkhidmat selama empat bulan sebagai pengganti Claudio Ranieri.

Koeman pula menjadi jurulatih terbaharu dipecat selepas skuad kendaliannya tewas 2-5 kepada Arsenal kelmarin dan tempatnya kini diambil alih sementara oleh jurulatih skuad bawah 23 tahun Everton, David Unsworth.

Berdasarkan kedudukan dan prestasi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Slaven Bilic mungkin menjadi pengurus yang seterusnya bakal dipecat selepas West Ham dikatakan sudah memulakan langkah mencari penggantinya.

Keadaan itu timbul selepas prestasi buruk skuad The Hammers yang tewas lima kali dalam sembilan perlawanan musim ini termasuk mengalami kekalahan memalukan 0-3 kepada Brighton, Sabtu lalu sekali gus sekadar menduduki tempat ke-16.

Jurulatih berusia 49 tahun itu kini boleh dikatakan sedang menghitung hari di West Ham dengan skuad berkenaan bakal berdepan Tottenham Hotspur dalam saingan Piala Liga, awal pagi Khamis ini.

(Image: Action Images via Reuters)

“Setiap masa kami berada dalam situasi “do or die”, jika kami berjaya bermakna kami menang. Semua perlawanan sama penting bagi kami dan selepas itu ia akan menjadi lebih sukar.

“Setiap masa selepas perlawanan saya bercakap dengan pemilik kelab. Kami bersetuju kami perlu mengutip mata selepas ini. Anda tanya saya tentang Koeman, di sana ada tiga, empat atau lima pengurus sedang menanti masa untuk dipecat. Saya mungkin salah seorang daripadanya,” kata Bilic kepada media.

“Adakah ia membutkan saya hilang fokus ? Tidak, anda memberi semangat kepada saya. Saya tidak pernah berputus asa dalam karier saya tidak kira sebagai ibubapa, kawan atau pengurus. Itulah kekuatan saya. Sekarang, saya dalam misi yang sukar, ya. Tetapi itu tidak menakutkan saya,” jelasnya.

Pemain West Ham United ketika ini berdiam diri mengenai masalah dalaman yang berlaku dalam pasukan mereka selepas kapten pasukan, Mark Noble mengadakan perjumpaan rahsia dengan Bilic.

Jurulatih dari Croatia itu mengakui beliau sedikit terkejut dengan situasi yang berlaku dalam West Ham yang kehilangan mata dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

Beliau berkata, “Sudah tentu saya kecewa. Setiap pekerjaan yang saya lalui pasti ada masa yang buruk. Saya tidak pernah menyembunyikan apa-apa masalah yang saya tidak mahu ada”

“Perkara yang bukan dalam tanggungjawab saya tetap diambil kerana itulah cara saya bekerja. Apabila saya mahu buat, saya akan buat.

“Saya tak pernah melarikan diri daripada masalah. Oleh itu, tiada masalah untuk bekerja dengan kelab ini,” ujarnya.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN