Siri Keganasan Terus Berlaku, Ada Kemungkinan Liga Indonesia Direhatkan Lagi?

Selepas saingan Liga 1 Indonesia berehat panjang kerana tragedi hitam yang berlaku di Kanjuruhan sebelum ini, aksi kembali bersambung dengan segalanya pada awal tampak berjalan lancar.

Namun, sejak beberapa hari ini insiden keganasan membabitkan beberapa penyokong kembali berlaku dan dilihat mula menjadi semakin parah sehingga menghadirkan rasa bimbang buat para pemain dan pasukan.

Seperti diketahui, Tragedi Kanjuruhan yang berlaku sebelum itu telah pun mengorbankan banyak nyawa, selain beberapa kerosakan harta benda awam telah berlaku di sekitar stadium yang membabitkan perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya.

Disebabkan rusuhan tersebut, saingan Liga Indonesia terpaksa dihentikan dengan begitu lama kerana untuk memberi laluan buat pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Ini secara tidak langsung memberi kesan negatif buat setiap pasukan yang bertanding, terutama sekali kepada para pemain yang terpakda berehat agak panjang.

Setelah kerajaan di sana membenarkan kembali saingan liga bersambung dengan syarat-syarat khas yang lebih ketat, ianya jelas memberi keterujaan kembali buat para penyokong.

Namun, kini seolah mereka lupa akan kejadian hitam lalu dan beberapa insiden keganasan kembali bersambung melibatkan beberapa penyokong kelab tempatan di sana.

Ianya bermula dengan bas yang membawa para pemain, kejurulatihan, serta pengurusan Arema telah diserang oleh sekelompok penyokong PSS Sleman selepas perlawanan liga minggu ke-20 tamat.

Bas tersebut ketika itu telah dilempar dengan objek keras seperti bata konkrit dan mrnyebabkan kerosakan berlaku di sekeliling, termasuk mencederakan para pemain dan staf kejurulatihan.

Selang beberapa hari kemudian, kejadian sama juga berlaku tetapi kali ini melibatkan bas yang dinaiki para pemain Persis Solo diserang segelintir penyokong di luar stadium, sebaik sahaja mereka selesai menghadapi aksi liga menentang Persita Tangerang.

Malah ada juga insiden lain seperti sekelompok besar penyokong Arema telah menyerang ibu pejabat rasmi pasukan tersebut kerana protes.

Kejadian-kejadian yang berlaku ini jelas bukan suatu isyarat baik buat saingan liga di sana dan mendapat pelbagai kenyataan daripada pemain, kejurulatihan serta pemilik kelab.

Pengendali Bali United iaitu Stefano Cugurra antara yang mengeluarkan kenyataan dan merasa kesal dengan situasi yang berlaku ketika ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSIS Semarang iaitu Yoyok Sukawi juga sangat kesal dengan situasi yang melanda dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Menurut beliau, bola sepak sepatutnya perlu terhindar daripada sebarang insiden keganasan yang boleh membahayakan ramai pihak tidak bersalah.

“Segala bentuk keganasan yang berlaku sebelum, ketika perlawanan, atau sudah tamat sekali pun tidak sepatutnya berlaku,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Jika perkara ini terus berlanjutan sehingga ada nyawa yang terancam kembali, ada kemungkinan Liga 1 Indonesia sekali lagi terpaksa ditangguhkan supaya keadaan kembali reda.

Untuk segelintir penyokong fanatik Indonesia, anda seharusnya tahu perbuatan yang dilakukan ini sebenarnya hanya akan merugikan pasukan serta telah menganiaya peminat-peminat lain untuk menanggung perbuatan tersebut walau tidak terlibat.

Fikir kembali natijah daripada Tragedi Kanjuruhan sebelum itu telah menyebabkan banyak nyawa melayang dan perjalanan Liga Indonesia telah terjejas atas tindakan emosi yang dibuat tidak sampai pun beberapa jam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN