Sir Alex Pernah Tolak Tawaran Beli Zinedine Zidane Kerana Cantona

Pengurus legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson pernah menolak tawaran untuk menandatangani bekas kapten dan legenda Perancis, Zinedine Zidane satu masa dahulu.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh bekas pengerusi Manchester United pada ketika itu, Martin Edwards baru-baru ini.

Menurut Edwards, maklumat mengenai Zidane diserahkan kepada Sir Alex pada pertengahan 1990 an, ketika pemain tengah itu masih bersama-sama dengan Bordeaux di Ligue 1, Perancis.

(Photo by Harry Goodwin/Paul Popper/Popperfoto/Getty Images)

Bagaimanapun pengurus berbangsa Scotland itu tidak mengendahkan laporan pencari bakat yang diserahkan kepadanya.

Zidane yang berumur 22 tahun pada ketika itu kemudian berhijrah ke Juventus, di mana beliau beraksi selama 5 tahun sebelum menyertai Real Madrid pada 2001.

Edwards, 72 tahun dipetik sebagai berkata kepada manutd.com:

“Ketua pencari bakat kelab pada ketika itu, Lee Kershaw dalam satu pertemuan bersama kami memberikan nama Zinedine Zidane yang beraksi bersama Bordeaux. Kershaw memberitahu bahawa Manchester United harus berminat dengan pemain ini.”

Photo : Alain Gadoffre / Icon Sport

“Saya menyampaikan apa yang diperolehi oleh Kershaw kepada Alex.”

“Alex memberitahu bahawa Eric Cantona turut menyebut nama Zidane kepada beliau. Namun Alex berpendapat Zidane merupakan pemain yang beraksi di posisi yang sama dengan Cantona.”

“Sebelum itu kami telah bertungkus lumus untuk ke Perancis demi memastikan Cantona menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United.”

“Dan kunjungan itu adalah untuk memujuk Cantona untuk terus beraksi di EPL, selepas insiden di Crystal Palace. Alex berpendapat kehadiran Zidane akan memberi kesan kepada Cantona di United.”

“Disebabkan itu, Alex lantas memadamkan usaha untuk membawa Zidane ke Old Trafford.”

Eric Cantona digantung oleh pihak FA selama 8 bulan selepas insiden sepakan ‘kung fu’ dengan seorang penyokong Crystal Palace di Selhurst Park pada 1995.

Zinedine Zidane bukanlah satu-satunya pemain bintang yang gagal direkrut oleh Manchester United pada era Sir Alex Ferguson.

Kelab yang sinonim dengan gelaran ‘The Red Devil itu turut berusaha untuk mendapatkan beberapa nama besar yang lain seperti John Barnes, Paul Gascoigne dan juga Alan Shearer. 3 pemain tersebut merupakan pemain antarabangsa England pada ketika itu.

(Photo credit should read KARIM JAAFAR/AFP/Getty Images)

Edwards yang memegang jawatan pengerusi di antara 1980 sehingga 2002 di kelab Manchester tersebut sangat yakin bahawa mereka telah berjaya untuk membawa Paul Gascoigne ke Old Trafford.

“Kami jangkakan Gascoigne akan ke Old Trafford, namun akhirnya beliau memilih untuk ke Tottenham. Saya sangat yakin ada sesuatu yang berlaku di minit akhir sehingga mengubah pendirian Gascoigne,” ujar Edwards.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN