Sir Alex Ferguson Kini Keluar Dari Unit Rawatan Rapi Selepas Jalani Pembedahan Otak

Sir Alex Ferguson

Perkara ini merupakan satu berita baik buat peminat Manchester United khasnya dan peminat bola sepak amnya.

Bekas pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson dikhabarkan sudah tidak perlu melalui penjagaan rapi seperti yang dilalui beliau sebelum ini.

Menerusi laman Manchester United, kelab tersebut mengesahkan yang Ferguson tidak lagi berada dalam unit kawalan rapi di hospital.

Beliau kini menjalani proses rehabilitasi dan dirawat seperti pesakit biasa yang lain di hospital.

Perkhabaran ini nyata memberikan senyuman indah terutamanya buat ahli keluarga Ferguson kerana ini pastinya merupakan petanda positif untuk beliau.

Walaupun begitu, keluarga Ferguson masih meminta agar privasi keluarga mereka masih lagi tidak diganggu terutamanya dari pihak media untuk memastikan Ferguson menjalani rawatan tanpa sebarang masalah.

Bercakap mewakili Manchester United, Jose Mourinho nyata gembira dengan berita ini.

“Saya hormati permohonan keluarga Ferguson untuk tidak menggangu privasi mereka ketika ini.”

“Akan tetapi, kami sebagai kelab berasa amat gembira dengan perkhabaran positif ini.”

Sebelum ini, Ferguson mengejutkan semua pihak apabila beliau dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan.

Situasi itu telah memaksa bekas pengurus Manchester United itu menjalani pembedahan di bahagian otak.

Kami mendoakan agar pengurus terhebat dalam sejarah bola sepak ini sembuh dengan segera.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN