Sir Alex Ferguson Buat Kemunculan Selepas Pembedahan, Ucap Semoga Berjaya Kepada Mourinho

Terdahulu, dunia bola sepak dikejutkan dengan berita mengenai tahap kesihatan yang dialami oleh bekas pengurus Manchester United – Sir Alex Ferguson.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat kesakitan yang dialami oleh dirinya itu.

Kini setelah sembuh, beliau kembali dan memberikan ucapan yang cukup bermakna buat kita semua.

Menerusi laman Twitter Manchester United, Ferguson memberikan ucapan khas sempena kejayaan beliau untuk sembuh dari penyakit yang dihadapi beliau.

“Hai semua, ada mesej ringkas di sini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para staf di hospital Macclesfield, Salford Royal dan Alexandra.”

“Percayalah, tanpa mereka semua yang memberikan penjagaan yang baik saya tak akan mampu untuk duduk di sini pada hari ini. Terima kasih dari saya dan ahli keluarga.”

“Segala ucapan yang diberikan menguatkan saya. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan kepada saya.”

“Saya akan kembali tidak lama lagi untuk menyaksikan pasukan (Manchester United) beraksi dan dalam masa yang sama, semoga berjaya buat Jose Mourinho dan juga para pemain.”

Kemunculan pertama Ferguson selepas pembedahan ini turut disambut dengan gembira dengan satu lagi bekas kelab beliau iaitu Aberdeen.

Aberdeen yang menjadi kelab Ferguson sebelum berhijrah ke England berkongsi kegembiraan itu di laman Twitter mereka.

Ferguson menghabiskan 26 tahun karier beliau bersama Manchester United dengan memenangi 38 trofi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN