Sinisa Mihajlovic Sahkan Dirinya Sedang Bertarung Dengan Leukaemia

Bekas pengurus AC Milan, Sinisa Mihajlovic telah mencipta kejutan di sidang media apabila beliau memberikan berita buruk mengenai dirinya.

Beliau berkata kepada media yang dirinya kini sedang berhadapan dengan penyakit berbahaya iaitu leukaemia.

Mihajlovic yang kini merupakan pengurus Bologna di Serie A, mengaku sedang berhadapan dengan situasi sukar itu selepas berjumpa dengan doktor.

“Saya telah lakukan beberapa ujian, pada jam 3 petang dan 9 malam dan saya telah dapat keputusannya.”

“Saya mempunyai leukaemia.”

Mihajlovic mengatakan yang dirinya menangis selepas mengetahui perkara itu.

Namun begitu, beliau mengatakan yang dirinya mahu mengatasi penyakit itu.

Malah beliau turut yakin usaha untuk melawan penyakit itu akan berjaya diusahakan.

“Saya hormati penyakit ini, dan saya tahu saya akan menang. Saya akan hadapinya.”

“Seperti selalu yang saya lakukan, dengan tanpa sebarang rasa takut saya akan hadapinya.”

Mihajlovic mendedahkan beliau menghabiskan masa selama 2 hari mengasingkan diri selepas mengetahui mengenai keadaannya.

“Apabila mereka katakan yang ianya seperti angin ahmar, saya duduk di dalam bilik selama 2 hari.”

“Saya fikirkan mengenai segala-galanya, menangis. Segalanya seperti sudah berakhir buat saya.”

Beliau turut menafikan yang tangisan itu adalah tanda beliau takutkan penyakit tersebut.

Mihajlovic merupakan pengurus Bologna selepas beliau menjadi pengurus di AC Milan.

Kami berharap beliau akan dapat mengharungi waktu sukar ini dengan baik dan semoga cepat sembuh.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN