Beberapa lama tahun yang lalu, bola sepak Asia Tenggara dikejutkan dengan kejayaan pasukan Indonesia dalam mengatur perlawanan bola sepak persahabatan menentang pasukan kebangsaan Belanda di Jakarta, Indonesia.
Nampaknya, satu lagi perlawanan persahabatan berprofil tinggi bakal diadakan di Asia Tenggara, kali ini di Singapura.
Sambutan 125 tahun
Perlawanan persahabatan diantara juara 4 kali Piala AFF ini dengan juara Piala Dunia 2 kali ini bakal diadakan di National Stadium di Kallang.
Perlawanan Singapura lawan Argentina itu akan diadakan pada 13 Jun 2017.
Ia dilangsungkan atas usaha sama FA Singapura dan juga pihak UNICESS yang merupakan badan yang bertanggungjawab dalam melakukan promosi terhadap acara-acara hiburan dan sukan peringkat antarabangsa.
Menurut portal Today Online, perlawanan yang berprofil tinggi ini adalah bertujuan untuk meraikan ulang tahun ke-125 penubuhan badan induk bola sepak di negara seberang tambak itu.
Skuad kelas A
Singapura amat beruntung untuk dapat beraksi dengan pasukan Argentina ini.
Hal ini kerana, Argentina menang berada di sekitar benua Asia iaitu di Australia untuk melakukan jelajah di sana.
Di Australia, Argenatina bakal beraksi menentang Brazil dalam satu perlawanan di Melbourne pada 9 Jun.
Singapura bakal beraksi menentang pasukan Argentina yang bakal dibarisi oleh para pemain berkelas dunia seperti Angel Di Maria, Sergio Aguero dan juga Gonzalo Higuain.
Malah pemain terbaik dunia Lionel Messi turut akan beraksi!
Bagi merancakkan lagi perlawanan, pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan seminggu sebelum perlawanan bagi menaikkan bahang perlawanan berprofil tinggi itu.
Baca juga: Jabatan Imigresen Setuju Membantu Memudahkan Pendaftaran Pemain Dan Pegawai Asing