Vietnam menang 1-0 ke atas Singapura dalam saingan kumpulan B – bagi acara bola sepak lelaki.
Pasukan seberang tambak itu tewas buat kali ketiga berturut-turut dalam perlawanan peringkat kumpulan B.
Hakikatnya, pasukan Singapura yang juga dikenali sebagai Singa Muda, sebenarnya sudah pun tersingkir sebelum menyepak bola sekalipun dalam aksi berhadapan dengan Vietnam – di Stadium Memorial Rizal.
Ini selepas Thailand menang 2-0 ke atas Laos dalam aksi yang menyaksikan Suphanat menjaringkan 2 gol pada minit ke-90 dan 1 gol lagi pada masa kecederaan separuh masa kedua.
Fokus tertumpu kepada Vietnam yang mahu menentukan kemaraan mereka. Tandukan oleh Ha Duc Chinh pada minit ke-84, memastikan anak-anak buah Park Hang Seo hamoir pasti mara ke pusingan kalah mati.
Vietnam mengekalkan rekod sempurna dalam kumpulan B – Vietnam menang 4 kali daripada 4 perlawanan. Namun masih belum sah mara.
Itu sudah cukup membuktikan betapa sengitnya saingan kumpulan B ini.
Singapura bukan sahaja tewas 3 kali berturut-turut, malah gagal menjaringkan gol dalam kesemua 4 perlawanan setakat ini dalam Sukan SEA.
Ia memberikan isyarat bahawa, segalanya serba tidak kena buat pasukan Singapura. Sesuatu harus mereka lakukan untuk memperbaiki prestasi.
Vietnam kini dalam misi mahu memastikan mereka mara sebagai juara kumpulan B. Tetapi mereka juga perlu mengelak malapetakan tersingkir. Ini kerana aksi terakhir mereka adalah berhadapan dengan Thailand.
Vietnam hanya perlu mengelakkan mereka kalah untuk mara.
Vietnam tampil sebagai pasukan pilihan untuk memenangi emas acara bola sepak pada kali ini.