Sindiran Panas Blaise Matuidi Sejurus Ketibaan Cristiano Ronaldo Di Juventus

Matuidi

Berita perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus telah mengemparkan dunia bola sepak.

Selepas kejayaan Perancis menjulang Piala Dunia di Rusia, dunia pada hari ini tidak henti-henti membicarakan tentang perpindahan mengejutkan itu.

Cristiano Ronaldo telah menjalani sesi pengenalan secara rasmi bersama Juventus.

Pihak kejurulatihan, para pemain dan penyokong begitu menyambut baik kedatangan bintang terbaik dunia itu di Turin.

Tidak terkecuali, pemain tengah Juventus, Blaise Matuidi.


Matuidi yang membantu negaranya menjulang Piala Dunia baru-baru ini menyatakan perasaan gembira selepas mendengar berita mengenai penghijrahan Ronaldo ke pasukannya.

Matuidi menyambut baik kedatangan Ronaldo di Juventus dan mengakui bahawa beliau merupakan pemain terbaik di dunia pada abad ini.

Dalam masa yang sama, Matuidi sempat menyindir Ronaldo dengan berkata bahawa gelaran sebagai pemain terbaik di dunia itu belum cukup untuk menandingi perasaan bagaimana memperoleh gelaran Piala Dunia.

“Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik di planet ini.”

“Apabila mengetahui dia akan bermain bersama kami (Juventus) itu adalah satu berita yang bagus, terutama bagi dirinya kerana dia akan berkongsi ruang ganti dengan seorang juara dunia!” ujar Matuidi dengan nada gurauan kepada Gazzetta dello Sport.

Blaise Matuidi Calls Cristiano Ronaldo the Best; Jokes About Being a World Cup Winner Himself

“Dua tahun yang lalu, dia berjaya menewaskan saya (Perancis) pada perlawanan akhir (Euro 2016) di Paris, tetapi Piala Dunia lebih bernilai dari Piala Eropah!”

Matuidi merupakan pemain yang memperkuatkan Perancis pada Euro 2016 dan kejohanan Piala Dunia 2018.

Pada Euro 2016, Perancis dikecewakan Portugal pada perlawanan akhir selepas tewas dengan keputusan tipis 0-1.

Namun, kegagalan di Paris dua tahun lalu kembali terubat apabila Perancis berjaya menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN