Simeone Tabik 4 Bintang Atletico Madrid Yang Pilih Untuk Berhijrah

Diego Simeone berkata beliau bangga dengan pemain-pemain Atletico Madrid yang bakal meninggalkan kelab tersebut – setelah turut mengumumkan Filipe Luis dan Juanfran akan turut berbuat demikian.

Penyerang Atletico, Antoine Griezemann sudah pun mengesahkan akan meninggalkan Wanda Metropolitano pada Selasa, dan laporan media mengaitkan penyerang Perancis itu akan menyertai Barcelona pada musim hadapan.

Haluan berbeza

Diego Godin turut akan meninggalkan Atletico, dengan Inter Milan dikatakan akan menjadi destinasi seterusnya buat pemain tersebut. Manakala Filipe Luis dan Juanfran dilihat tidak akan menyambung kontrak masing-masing untuk kekal melangkaui musim ini.

Semua empat pemain beraksi dalam perlawanan yang berakhir dengan seri 2-2 menentang Levante, sekaligus memberi peluang kepada penyokong yang hadir ke perlawanan di tempat lawan itu untuk mengucap selamat tinggal kepada mereka.

(Photo by Aitor Alcalde/Getty Images)

“Saya tetap bangga dengan pemain-pemain yang akan pergi kerana mereka telah memberikan sehabis baik untuk kelab ini,” ujar Simeone dalam sidang media selepas perlawanan.

“Perkara terutama yang Filipe, Juanfran, Griezmann dan Godin tinggalkan bukanlah trofi kejuaraan. Tetapi hormat. Dari sudut kesukanan, saya amat menghargai mereka.

Pemain masa depan

Atletico terlebih dahulu ketinggalan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Ciutat de Valencia, sebelum jaringan Rodrigo dan pemain muda yang tampil buat pertama kali, Sergio Camello menjaringkan gol penyamaan.

Simeone memuji semangat juang yang dipamerkan pemain untuk mengelak kekalahan di perlawanan terakhir musim ini, dan berpendapat ada banyak perkara positif untuk diraikan walaupun bakal kehilangan beberapa pemain utama.

Camello menjadi pemain pertama yang ahir pada abad ke021 untuk menjaringkan gol untuk Atletico di La Liga – apabila berbuat demikian melalui percubaan beliau pertama ke arah gawang lawan.

Penyerang berusia 18 tahun itu dimasukkan untuk menggantikan Thomas Partey selepas rehat separuh masa. Ketika bercakap kepada wartwan selepas perlawanan, beliau berharap akan mampu menjaringan lebih banyak gol untuk Atletico pada masa hadapan.

Leave a Reply