Simeone: “Saya Tidak Suka Halang Pemain Keluar Termasuk Griezmann”

Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone terbuka dalam memberikan pandangan beliau ketika ditanya tentang masa depan Griezmann.

Seperti biasa, pemain kebangsaan Perancis itu terus menjadi subjek tumpuan setiap kali menjelang jendela perpindahan. Kali ini Griezmann dikaitkan dengan Barcelona, PSG dan Manchester United.

Sebelum ini, Manchester United serius dalam mendapatkan Griezmann. Namun Atletico meminta pemain itu kekal dahulu kerana Atletico ketika itu digantung daripada perpindahan pemain.

Griezmann bersetuju dan melanjutkan kontrak baru. Tetapi selepas itu, penggantungan itu telah dikurangkan dan mereka boleh melakukan perpindahan pemain selepas ini.

Laporan terbaru di Sepanyol menyatakan yang Barcelona sudah menghubungi Griezmann untuk potensi membawa pemain itu ke Nou Camp. Diego Simeone berkata:

“Jika ada peluang yang baik datang kepada beliau, dan dia mahu pergi, tawaran itu bagus, maka dia boleh pergi.”

“Sudah pasti dia boleh pergi ke mana dia mahu. Itu yang kami buat ketika Diego Costa dan Arda Turan ketika mereka mahu pergi.”

“Saya seorang yang suka melihat pemain-pemain saya membangun dan jika mereka datang secara peribadi kepada saya dan memberitahu ada tawaran unik yang mereka tak boleh lepaskan.”

“Sudah pasti saya akan benarkan mereka pergi terutama sekali selepas mereka berjuang mati-matian untuk saya seperti Griezmann. Tiada masalah kerana saya mahu mereka membangunkan karier mereka.”

Buat masa ini, bintang Atletico Madrid itu ada klausa perlepas bernilai €100 juta ataupun £87 juta.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN