Diego Simeone merupakan pengurus yang mementingkan aspek permainan berpasukan.
Ditanya, jika beliau ada peluang mendapatkan salah seorang pemain di antara Neymar dan Mbappe, siapakah yang akan beliau pilih?
Simeone menyatakan beliau akan memilih Neymar. Ini kerana Mbappe adalah pemain yang lebih individualistik berbanding dengan Neymar.
Menurut Simeone, walaupun kedua-dua mereka adalah kaki gelecek, namun Neymar menggelecek untuk pasukan. Manakala Mbappe lebih tamak dan bersifat individualistik.
“Jawapan saya, sudah pastinya Neymar, pemain yang boleh bermain di semua posisi dan bermain untuk pasukan. Mbappe adalah pemain yang lebih bersifat pentingkan diri ataupun individualisitik.”
💥¿Ficharías a Neymar o Mbappe?
🎙️@Simeone en directo en @partidazocope:
➡️ "Neymar. Seguro. Neymar trabaja, Mbappe es mucho más individualista"#PartidazoSimeone pic.twitter.com/o48i1P8mYH
— El Partidazo de COPE (@partidazocope) September 10, 2018
Ditanya, siapakah pemain terbaik dunia ketika ini, beliau menyatakan yang anak didiknya, Griezmann adalah orangnya.
“Griezmann juara dunia, juara Piala Super Eropah, Juara Europa League dan naib juara La Liga. Liga yang ada Barcelona dan Real Madrid.”
“Pencapaian Griezmann musim lalu memang melayakkan beliau menjadi terbaik di dunia. Namun sayangnya, nama dia tiada dalam senarai akhir (FIFA Best).”
“Jujurnya saya sedih dengan apa yang berlaku kepada beliau, saya tahu dia agak sedih kerana hal itu.”
Ditanya tentang cabaran kejuaraan La Liga kali ini, beliau yakin akan dapat menjadi pencabar La Liga sekali lagi dengan pemain yang beliau ada.
Ini termasuk pemain yang beliau angga terbaik di dunia Griezmann, serta Costa dan Oblak di dalam pasukan.