Silva Pertimbang Jadikan Richarlison Penyerang Utama Everton

Pemain serangan Everton, Richarlison mungkin akan ditukar posisi daripada pemain sayap kepada penyerang utama pasukan ketika Everton berhadapan dengan Fulham pada hari ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh pengurus Everton, Marco Silva dalam sidang media menjelang perlawanan tersebut.

Richarlison menjadikan rangkaian serangan Everton lebih baik sejak tiba dari Watford pada jendela perpindahan lalu.

(Photo by Lynne Cameron/Getty Images)

Sehingga kini, pemain antarabangsa Brazil itu telah menjaringkan tiga gol daripada empat penampilan sebagai pemain sayap untuk Everton.

Richarlison juga menjaringkan dua gol pertama beliau bersama Brazil di pentas antarabangsa ketika membelasah El Salvador 5-0 dalam perlawanan persahabatan pada bulan ini.

Sentuhan penyudah berbisa dari Richarlison membuatkan Silva bergelut dengan idea untuk menjadikan pemain tersebut sebagai penyerang utama pasukan.

“Richarlison boleh menjadi salah seorang penyerang di dalam pasukan ini. Ianya berkemungkinan. Segalanya berkemungkinan.

LIVERPOOL, ENGLAND – AUGUST 18: Richarlison (L) Everton reels away as he celebrates his goal during the Premier League match between Everton and Southampton at Goodison Park on August 18, 2018 in Liverpool, England. (Photo by Tony McArdle/Everton FC via Getty Images)

“Sepanjang minggu ini beliau berlatih sebagai seorang penyerang. Ia terpulang kepada saya untuk membuat keputusan esok (hari ini),” ujar Silva ketika berhadpan dengan wartawan.

Silva turut berkata beliau berpuas hati dengan sumbangan Richarlison sebagai pemain sayap.

“Apa yang saya tahu ialah beliau beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan. Di sebelah kiri, atau kanan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk beraksi di kedua-dua belah posisi sayap,” ujar Silva mengenai pemain berusia 21 tahun itu.

Everton kini menduduki tangga ke-12 liga dengan enam mata dan mempunyai kelebihan tiga mata ke atas Fulham.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN