Silva Dilepaskan Sepanyol Kerana Anak Bertarung Nyawa

Pengurus Sepanyol, Julen Lopetuigi mengesahkan beliau sudah menggugurkan nama David Silva daripada pasukan kerana pemain itu meminta perlepasan khas.

David Silva tidak dapat menghadiri latihan yang dilangsungkan di Las Rozas atas sebab sebab peribadi. Silva beraksi 71 minit dalam aksi penuh rancak menentang Jerman.

Kedua-dua pasukan bermain dalam bola sepak berkualiti tinggi. Sepanyol dan Jerman seri 1-1. Silva digantikan oleh Lucas Vasquez dalam perlawanan tersebut.

Dengan perkembangan terbaru David Silva itu, perancang sensasi Manchester City itu bakal terlepas aksi menentang Argentina di Wanda Metropolitano pada Selasa nanti.

Sumber di Sepanyol menyatakan, Silva terpaksa pulang menemami anaknya yang disifatkan media sebagai bertarung nyawa setiap hari setelah lahir pra-matang pada Januari lalu.

Silva juga banyak terlepas beberapa sesi latihan dan perlawanan Manchester City musim ini kerana hal itu. Namun sokongan daripada jurulatih dan rakan sepasukan beliau buat masa ini memang terpuji, tak kira di Sepanyol mahupun di Manchester City.

Selain dariapda Silva, 5 lagi pemain tidak boleh menjalani latihan di padang. Ini kerana mereka perlu melepasi tahap kecergasan di gym terlebih dahulu.

Mereka adalah Gerard Pique, Andres Iniesta Jordi Alba, Sergio Ramos dan Thiago. Kesemua pemain ini perlu mengembalikan semula kecergasan mereka selepas perlawanan menentang Jerman tempoh hari.

Kepada David Silva, kami doakan urusan anda dipermudahkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN