“Sila Letak Jawatan!” – Roy Keane Arah ten Hag Berundur Selepas Juarai Carabao Cup

Pengendali Manchester United iaitu Erik ten Hag telah pun dipinta supaya meletakkan jawatan beliau selepas dirinya berjaya membawa pasukan tersebut menjuarai saingan Carabao Cup musim ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri menerusi bekas pemain legenda United iaitu Roy Keane, setelah beliau melihat pengendali dari Belanda itu menyambut secara berlebihan kejuaraan tersebut.

United tampil dengan sangat gah pada aksi akhir Carabao Cup, selepas mereka berjaya menumpaskan Newcastle United menerusi keputusan penuh 2-0 yang berlangsung di Stadium Wembley.

Segalanya bermula dengan cetusan gol pertama yang dihasilkan oleh pemain tengah United iaitu Casemiro pada minit ke-33, sebelum pertahanan lawan, Sven Botman menjaringkan gol sendiri enam minit kemudian.

Kejuaraan itu akhirnya menamatkan musim kemarau United tanpa sebarang Piala selama enam tahun dengan kali terakhir mereka merasai perkara tersebut pada bulan Mei 2017.

Ketika itu United telah pun merangkul UEFA Europa League (UEL), selepas mereka menewaskan Ajax menerusi kemenangan bergaya 2-0 hasil jaringan Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan.

Kejuaraan tersebut juga menyaksikan suasana di Stadium Wembley menjadi sangat meriah menerusi sorakkan padu para penyokong United, selain penonton pihak lawan juga memberi kerjasama dengan sangat baik.

Ten Hag menjadi antara individu yang paling menonjol selepas kejuaraan tersebut tamat, dengan beliau mendapat sorakkan positif daripada para peminat di stadium tersebut.

Selain itu, dua lagi pemain United yang menyertai pasukan tersebut musim ini iaitu Lisandro Martinez serta Antony turut mendapat pujian ramai penyokong.

Apa tidaknya, gandingan antara ten Hag bersama dua pemain ini telah pun membantu Ajax pada musim lalu untuk muncul selaku juara Eredivisie pada tahun lalu.

Momentum tersebut berjaya dibawa dengan baik ke Old Trafford, dengan United tampil lebih konsisten dan seimbang di posisi pertahanan dan serangan.

Mengulas mengenai kenyataan dikeluarkan oleh Keane, beliau menyatakan supaya ten Hag meletakkan sahaja jawatan selaku pengendali United selepas melihat jurulatih tersebut menari kegembiraan di tepi padang bersama dua pemain itu.

Namun ianya merupakan suatu gurauan semata-mata dan kembali menyambung supaya ten Hag meneruskan momentum positif beliau bersama United.

“Tidak,tidak,tidak akan sama sekali, kami ada sejarah bersama di Ajax dan saya harap kami dapat melakukannya lagi di sini,” balas ten Hag dengan gurauan menerusi Sport Bible.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN