Pengurus Ukraine, Andriy Shevchenko berkata pasukannya tidak gentar untuk berdepan England yang baru sahaja menumbangkan Jerman 2-0 di Wembley dalam aksi pusingan 16 Euro 2020.
Ukraine menempah slot ke suku akhir selepas meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas Sweden menerusi gol Artem Dovbyk pada penghujung masa tambahan.
England pula menendang keluar Jerman dari kejohanan selepas dua gol pada babak kedua dijaringkan oleh Raheem Sterling dan Harry Kane.
Kedua-dua pasukan bakal bertemu di Rom pada Sabtu ini.
“England adalah pasukan yang hebat, mereka ada skuad lengkap termasuk yang di bangku simpanan, barisan kejurulatihan yang menakjubkan,” ujar bekas pemain Chelsea itu.
“Jadi kami sedar akan kesukaran perlawanan selepas ini. Saya tonton semua tiga perlawanan mereka di peringkat kumpulan, cuma kemenangan mereka ke atas Jerman sahaja saya tidak sempat kerana kami perlu bersedia untuk perlawanan berdepan Sweden.”
Andriy #Shevchenko hopes Italian fans in Rome will support Ukraine against England and Antonio Conte sent a congratulation message to the former #ACMilan striker. https://t.co/w31X7Bp6br #Euro2020 #ENG #UKR #FCIM #Milan #Calcio #SerieA pic.twitter.com/P3mXjvpRng
— Football Italia (@footballitalia) June 30, 2021
“Memang susah nak jaringkan gol berdepan mereka, tetapi kelebihan mereka itu tidak menggentarkan kami. Malah ia akan motivasi untuk kami kerana dalam bola sepak tiada apa yang mustahil.
“Kami akan bermain dengan sepenuh hati dan berikan sesuatu untuk penyokong kami raikan.”
Setakat ini selepas empat perlawanan, England masih belum dibolosi sebarang gol. Di peringkat kumpulan, mereka menewaskan Croatia dan Republik Czech 1-0 dan seri 0-0 ketika menentang Scotland.
Oleksandr Zinchenko yang dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan selepas menjaringkan gol pertama dan mencipta gol kemenangan pasukannya memuji rakan sepasukannya Raheem Sterling yang telah menjaringkan tiga dari empat gol England dalam kejohanan ini.
Semangat luar biasa anak buah Andriy Shevchenko.#koppainfo#ukraine#euro2020 pic.twitter.com/uY5yuEyxtb
— KOPPA (@koppatv) June 30, 2021
“Sterling merupakan salah satu pemain sayap terbaik di dunia dan ketika ini dia membuat impak yang cukup besar untuk England,” ujar pemain berusia 24 tahun itu.
Zinchenko menambah beliau dan akan sepasukannya berada dala tekanan menjelang pertemuan dengan Sweden ekoran prestasi hambar ketika di peringkat kumpulan. Mereka tewas kepada Austria dan Belanda, namun bernasib baik berjaya meraih kemenangan ke atas Macedonia Utara.
“Ia sukar untuk saya kerana begitu banya kritikan yang dicurah ke atas seluruh pasukan umumnya dan kepada saya khususnya. Hari ini kami berjaya buktikan kepada seluruh Eropah yang kami mampu meraih sasaran.
“Saya mahu berterima kasih kepada semua penyokong yang hadir ke stadium. Ini merupakan pencapaian dan saat yang bersejarah yang mereka patut raikan.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan Euro 2020:
Formula Croatia Bangunkan Bola Sepak Berpaksikan Kesungguhan Dan Kekentalan
Euro 2020: Sepanyol Bangkit, “Amuk” Di Masa Tambahan Untuk Sembelih Croatia
Aymeric Laporte Kongsi Kisah Abaikan Perancis Untuk Jadi Pemain Naturalisasi Sepanyol