Penjaga gol muda negara, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman tampil dengan begitu bersemangat selaku salah seorang tonggak skuad bawah 23 (B-23) Malaysia sebelum menghadapi aksi kelayakan Piala Asia B-23 2024.
Malaysia bakal memulakan kempen saingan tersebut hari ini dengan membuat perhitungan sulung menentang Bangladesh pada 6 September ini bagi peringkat Kumpulan H.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan turun menjalani latihan pertama di Stadium IPE selepas tiba di Thailand, hari ini. pic.twitter.com/9pOgJ0P2lC
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 4, 2023
Selain itu, Malaysia juga bakal menghadapi cabaran daripada Filipina serta pasukan tuan rumah iaitu Thailand sebelum mengetahui jika mereka layak atau tidak ke saingan Piala Asia B-23 2024.
Sikh Izhan yang sebelum itu tidak bersama-sama skuad kebangsaan pada saingan Piala AFF B-23 tampil dengan begitu bersemangat untuk cuba membanru Malaysia layak sertai Piala Asia tahun hadapan.
Jelas Sikh Izhan, beliau bukan sahaja mensasarkan Malaysia layak ke saingan Piala Asia tahun hadapan, malah turut mengintai peluang untuk pasukan kebangsaan B-23 mendapat slot kejohanan Olimpik di Paris.
Menurut penjaga gol Negeri Sembilan itu, dua siri kegagalan Malaysia dalam saingan Sukan SEA serta Piala AFF lalu merupakan suatu suatu titik permulaan untuk pasukan negara bangkit pada aksi kelayakan Piala Asia ini di Chonburi.
“Saya rasa pemain yang dipanggil ini akan bermain untuk Piala AFC kali ini yang terbaik. mungkin persiapan di (Piala) AFF dan Sukan Sea ini menjadi titik permulaan, di mana kita tak dapat keputusan yang baik di dua kejohanan besar.
“Jadi saya harap AFC (Kelayakan Piala Asia B-23) yang ini akan berhasil, kita nak sasarkan ke tahun depan ke pusingan berikutnya (layak ke Piala Asia B-23 di Qatar), dan Olimpik (Sukan Olimpik) tahun depan,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.
Pada masa sama, Sikh Izhan turut mengakui kini bersedia untuk memberikan aksi terbaik jika diberi peluang Elavarasan untuk beraksi sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Selain Sikh Izhan, Malaysia turut menyenaraikan dua lagi penjaga gol yang mempunyai reputasi tersendiri iaitu Rahadiazli Rahalim serta Muhammad Azim Al Amin di benteng terakhir negara.
Skuad Harimau Malaya B-23 kendalian E. Elavarasan telah selamat tiba di Chonburi, Thailand bagi menghadapi kempen Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia B-23 2024, 6 hingga 12 September 2023.
Penerbangan diuruskan oleh @MAS , Rakan Penerbangan Rasmi FAM. #FAM #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/Se1T7FT50X
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 4, 2023
“Saya bersedia jika diberi peluang dan memberikan yang terbaik. Seperti yang saya cakap tadi, saya tak risau dengan ketiga-tiga penjaga gol kerana kesemua penjaga gol berkualiti dan berada pada prestasi terbaik ketika ini,” katanya lagi.
Musim ini menjadi sesuatu yang sangat baik buat Sikh Izhan, selepas tampil konsisten selaku penjaga gol buat Negeri Sembilan dalam saingan peringkat domestik.
Malah, Sikh Izhan turut menjadi antara pemain muda yang diberi ruang untuk beraksi bawah kendalian Kim Pan-gon bersama pasukan senior negara.