Bercakap tentang penyokong Indonesia, tentu saja ramai akan terfikir tentang hal-hal negatif terutama memikirkan bagaimana taksubnya mereka terhadap skuad kebangsaan mereka.
Terlalu banyak hal negatif yang dilakukan oleh penyokong-penyokong Indonesia sejak beberapa dekad kebelakangan ini.
Bahkan turut ada nyawa yang melayang akibat dari keganasan para penyokong mereka ketika menonton perlawanan bola sepak di negara mereka.
Benda baik macam ni kita patut puji. pic.twitter.com/px5BmCHWi5
— shikh saiful rizal (@ShikhRizal) December 28, 2022
Walau bagaimanapun, segelintir penyokong mereka berjaya membuktikan yang bukan semua dari mereka yang bersikap negatif ketika datang menonton perlawanan bola sepak.
Baru-baru ini, skuad Indonesia turun beraksi bertemu Brunai di Stadium Bola Sepak Cheras dalam aksi saingan Piala AFF 2022.
Memandangkan ramai penyokong mereka berada di Malaysia, maka tidak hairanlah mengapa Stadium Cheras dilanda lautan merah dengan kehadiran para penyokong negara jiran itu.
Sekitar 5000 penyokong Indonesia yang hadir ke stadium untuk menonton perlawanan yang memperlihatkan bagaimana skuad Garuda itu membelasah Brunai 7-0.
Timnas Indonesia membantai Timnas Brunai Darussalam 🇧🇳🇮🇩.
Edo Febriansah Yakub Sayuri Hansamu Yama#AFFMitsubishiElectricCup2022 #BeTheGameChanger #indonesiavsbrunei #BRUvIDN pic.twitter.com/roaiUE3eHf
— Rijal Hamdi Batubara (@RijalDLutfi17) December 26, 2022
Selain dari aksi para pemain Indonesia yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan itu, ada satu hal sebenarnya yang telah mencuri perhatian peminat.
Segelintir penyokong Indonesia mengutip sampah-sampah yang ada di sekitar tempat duduk mereka sebelum mereka berjalan keluar meninggalkan stadium.
Video penyokong Indonesia mengutip sampah itu tular di laman TikTok dan jelas sekali ramai pihak yang memuji sikap terpuji mereka itu.
Rata-rata netizen Malaysia memuji sikap penyokong Indonesia itu dan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana menjaga kebersihan stadium.
Piala AFF 2022: Pengurus Indonesia Harap Pemain Jangan Mengalah Sebelum Bertemu Thailandhttps://t.co/U1Jwm7LSvE
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 28, 2022
“Ini lah apa yang kita nak, kamu bermain di negara kami dan penyokong kamu bijak kutip balik sampah sebelum balik.”
“Penyokong Malaysia kena jadikan benda ni sebagai satu contoh. Diorang siap buang sampah sebelum balik, benda ni memang berhak dapat pujian.”
“Kalau dulu orang kata diorang lempar tahi kita balas bunga, sekarang kita jamu hidangan, diorang balas bunga. Respect.”
Begitulah komen-komen dari para netizen yang memuji sikap terpuji penyokong Indonesia yang mengutip sampah-sampah di stadium itu.
Wartawan Semuanya Bola turut sempat menemubual salah seorang penyokong Indonesia yang telah melakukan sikap terpuji itu.
Ketum PSSI: “Boleh Pindah Dari Eropah Ke Johor, Itu Luar Biasa”https://t.co/JMuzUkZcHN
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 26, 2022
“Bukan saya seorang bang, semua orang serentak bangun kutip sampah dulu baru kami pulang.”
Jelas seorang penyokong Indonesia yang bekerja di kedai buah di Selayang, Hamdhani.
“Saya rasa ini hal biasa, orang selalu pandang kami jelek tapi kami juga cuba untuk buat orang pandang kami dengan lebih baik.”
Indonesia selepas ini akan turun beraksi bertemu Thailand di halaman mereka sendiri, dan jelas sekali anak-anak buah Shin Tae-yong itu bakal melakukan apa sahaja untuk mengutip tiga mata penuh.
‘Tiket Nak Murah, Tapi …’ – Takkan Tak Belajar Daripada Jepun Di Piala Duniahttps://t.co/dph3Nd8O73
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 26, 2022
Jika sebelum ini penyokong Malaysia dihentam kerana tak menjaga kebersihan dan tak mengutip sampah di stadium ketika aksi bertemu Laos, maka tak salah rasanya jika kita jadikan sikap penyokong Indonesia ini sebagai contoh tauladan untuk diikuti di masa hadapan.