Kelantan terus dihimpit dengan pelbagai masalah dalaman pada musim ini.
Sudahlah terjerumus ke 100 Liga Premier, masalah dalaman berterusan melanda pasukan Pantai Timur itu.
Terbaharu, 2 naib presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan iaitu (KAFA) telah meletakkan jawatan dari persatuan tersebut.
Menurut laman Fox Sport Malaysia, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan juga Datuk Nik Izani Nik Ibrahim telah memilih untuk meletakkan jawatan mereka dalam organisasi tersebut.
Keputusan itu dibuat kerana rasa kurang senang dengan tindakan Presiden KAFA sendiri iaitu Bibi Ramjani Ilias Khan.
Kata dua bekas presiden itu, mereka berpendapat Bibi sepertinya tidak memberikan perhatian kepada ahli exco persatuan yang lain.
Dalam erti kata lain, kewujudan mereka dalam persatuan seolah-olah tidak diendahkan oleh Bibi sendiri.
“Sikap Bibi yang tidak kisah akan kewujudan kami dan para exco dari awal ketika proses membuat perancangan melibatkan soal kewangan pasukan tanpa pengetahuan kami.”
Untuk rekod, Aizudin dan Izani mengatakan mereka hanya dipanggil ke mesyuarat exco sebanyak 3 kali sahaja sejak menduduki kerusi tersebut.
Lebih mengecewakan mereka berdua, KAFA kini seolah-olah sudah menjadi hak milik Bibi sendiri.
“Bibi sepertinya sudah menjadikan KAFA ini sebagai harta beliau sendiri.”
“Kami telah tawar hati dan kami mahu berundur kerana tidak mahu mengkhianati penyokong.”
Kelantan menamatkan saingan di tempat kesebelas dalam unifi Liga Super musim ini.
Mereka akan beraksi di saingan 100 Liga Premier musim hadapan.