Gylfi Sigurdsson Bakal Menyertai Everton Dengan Nilai Perpindahan £32 Juta

Selepas berjaya mendapatkan Wayne Rooney dari Manchester United, kini Ronald Koeman dikatakan akan membawa Gylfi Sigurdsson ke Goodison Park.

Ketika ini, penyokong Everton masih menunggu pengumuman rasmi pengenalan Wayne Rooney sebagai pemain Everton sekali lagi.

Laporan Mirror UK melaporkan Everton telah menawarkan £32 juta kepada Swansea City dengan gaji £135,000 seminggu. Tawaran tersebut sudah diterima oleh Swansea dan kini Sigurdsson dalam prosedur akhir untuk perpindahan ke Merseyside.

Pemain yang terkenal dengan kepakaran bola mati serta perancang yang tenang di dalam padang ini antara pemain yang dikehendaki Koeman sejak di Southampton lagi.

Koeman memerlukan perancang tengah yang kreatif di dalam pasukan beliau. Transaksi ini seakan-akan memberikan gambaran bahawa Ross Barkley mungkin sudah ada ‘pembeli’.

Ini selepas pemain antarabangsa England itu memilih untuk tidak melanjutkan kontrak beliau dengan Everton pada musim lalu.

Sebelum ini, Everton melakukan pembelian Sandro Ramirez dan melepaskan Lukaku ke Manchester United.

Ia juga menandakan Koeman dalam proses membentuk pasukan Everton dengan gaya bola sepak beliau. Koeman turut menandatangani seorang lagi pemain tengah, Klaasen pada awal bulan lalu.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Sejak diambil alih oleh Farhad Moshiri, Everton sangat bernafsu untuk berbelanja dalam jendela perpindahan kali ini.

Corak perbelanjaan mereka membuktikan pasukan ini bukan hanya mahu mengejar slot Europa. Tetapi mereka mahu bersaing untuk 4 teratas untuk musim hadapan.

Kini Koeman telah membelanjakan sekitar £125 juta dalam jendela perpindahan kali ini. Masih tiada kenyataan rasmi dari Koeman bahawa beliau sudah cukup dengan perpindahan yang sedia ada.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN