Sifat Pemurah Lengkapkan Karier Cukup Bermakna Frederic Kanoute

Kanoute

Andai menyebut nama Frederic Oumar Kanoute, bukan sahaja penyudah berkualiti di hadapan pintu gol lawan yang bermain di minda para peminat bola sepak dunia tetapi ada perkara yang turut mencuri tumpuan.

Bekas pemain skuad kebangsaan Mali itu juga turut terkenal dengan kerja- kerja kebajikan yang dilakukannya dalam membantu perkembangan agama Islam di Sepanyol dan juga golongan yang kurang bernasib baik.

Embed from Getty Images

Kanoute, 42 tahun pernah beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris selama tujuh musim apabila menyarung jersi West Ham United bermula musim 1999/00 hingga 2002/03 dan kemudiannya dipancing Tottenham Hotspur.

Memasuki musim 2005/06, Kanoute membuat keputusan berkelana ke Sepanyol untuk bersama Sevilla yang menyaksikan penghijrahan tersebut menyerlahkan kehebatannya sebagai seorang penyerang.

Selama tujuh musim, Kanoute berjaya menjaringkan 136 gol dalam semua pertandingan serta meraih enam kejuaraan termasuk menjuarai Liga Europa bagi dua musim berturut-turut serta menjaringkan bersama Los Nervionenses.

Kanoute bersara pada penghujung musim 2012/13 ketika bersama Beijing Guoan.

Sifat luar padang yang terpuji

Selain daripada karier yang boleh dikatakan gemilang terutamanya ketika bersama Sevilla, Kanoute turut dilabel sebagai antara pemain yang pemurah dan aktif dalam kerja kebajikan termasuklah perkara berkaitan dengan agama Islam.

Beliau pernah mengeluarkan bajet sendiri sehingga $700,000 pada tahun 2007 untuk membeli tanah yang mempunyai sebuah surau sementara. Tuan tanah tersebut pada mulanya mahu menutup surau itu dan menyewakan kepada orang lain.

Tindakan Kanoute itu nyata berjaya membantu dalam menyelamatkan komuniti Islam di sana untuk terus beribadah di surau tersebut.

Meskipun sudah lama meninggalkan Sevilla, Kanoute kembali semula pada tahun lalu dan bekerjasama dengan Seville Mosque Foundation dalam usaha meraih dana bagi membina masjid pertama di Seville sejak 700 tahun itu.

Cadangan pembinaan masjid itu dikatakan dilengkapi dengan bangunan tiga tingkat serta sebuah tempat letak kenderaan bawah tanah di kawasan tersebut.

Sakina Children’s Village di Mali

Walaupun lahir di Perancis, Kanoute merupakan seorang yang tidak pernah melupakan asal-usulnya kerana beliau turut membantu anak-anak yatim di negara kelahiran bapanya, Mali.

Ia dibuktikan dengan kewujudan Sakina Children’s Village atas inisiatif Kanoute di mana perkampungan tersebut mengumpulkan anak-anak yang berada dalam serba kekurangan.

Bukan sahaja mewujudkan petempatan, malahan Kanoute turut menyediakan sokongan, penjagaan rapi serta pendidikan kepada mereka. Sakina dilengkapi dengan penginapan dengan kehadiran ibu angkat, tadika, sekolah rendah dan menengah, program latihan kemahiran dan pusat kesihatan.

Dalam pada itu, terdapat juga beberapa program seperti pertanian, penternakan dan perdagangan dalam membantu penduduk. Lebih menarik, sekolah dan pusat kesihatan turut boleh diakses oleh kepada masyarakat setempat.

Kanoute turut mengakui sekiranya akan ke Mali atas urusan kerja, beliau akan cuba untuk ke Sakina bagi melawat ‘anak-anaknya’ itu.

Setiap pemain bola sepak profesional pasti mencoretkan kisah hidup berbeza, namun apa yang dilakukan Kanoute sememangnya wajar dipuji dan merupakan amalan yang begitu mulia sekaligus melengkapkan karier cukup bermakna buatnya.

Kredit Foto: Halil Sagirkaya/Anadolu Agency/Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN