Anthony Knockaert, pemain Brighton & Hove Albion atau dikenali sebagai Seagulls, terpaksa pulang ke Perancis apabila mendapat perkhabaran duka bapanya, Patrick, meninggal dunia di negara asalnya.
Anthony diberikan perlepasan khas dan tidak bermain untuk pasukan Seagulls ketika bertandang ke Ashton Gate untuk menentang Bristol City.
Kedua-dua kelab itu bertemu dalam saingan EFL Championship pada Sabtu lalu.
Rakan sepasukannya, Steve Sidwell berjaya menjaringkan gol menarik dengan rembatan deras dari jarak 50 ela jauhnya.
Gol itu boleh dilihat dalam di sini:
Tanpa berlengah, Steve mengambil jersi bernombor 11 milik Anthony dan meraikan bersama rakan-rakannya. Penjaga gol Briighton, David Stockdale turut bersama sewaktu mendedikasikan keraian gol itu untuk Anthony.
Anthony terharu dengan peristiwa itu dan menulis di laman Twitter miliknya.
Ini bukanlah perkara baru dalam bola sepak. Cuma kita dapat melihat semangat kebersamaan dan kekeluargaan di dalam padang untuk tatapan umum.
Inilah juga penting bagi memastikan kelangsungan pasukan. Perkara yang sama dilakukan oleh pemain-pemain Chelsea ketika Willian pulang ke Brazil kerana kehilangan ibunya.
Seagulls adalah sebuah kelab Liga Champiosnhop bimbingan bekas pengurus Newcastle, Chris Hughton.
Mereka kini berada di tangga kedua EFL Championship setelah mengutip 34 mata selepas 16 perlawanan, hanya dibezakan 3 mata daripada pendahulu carta, Newcastle.
Pasukan ini dalam landasan terbaik memenangi promosi ke EPL musim hadapan jika mampu mengekalkan prestasi semasa.
Baca juga : Leipzig, Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Bersaing Dengan Bayern Munich