Sidang Editorial SB: Jurulatih Harimau Malaya Tak Perlu Terikat Dengan 4-3-3

Selamat malam pembaca Semuanya BOLA. Seperti biasa, pada malam Isnin kami akan membentangkan sidang editorial SB yang menyatakan pendirian kami secara kolektif tentang isu semasa bola sepak.

Malam ini, isu yang akan dibentangkan ialah: Adakah Jurulatih Malaysia (di pelabgai peringkat) Perlu Terikat Dengan 1 Formasi Asas Sahaja?

Kami menerima satu soalan daripada pembaca, adakah jurulatih Harimau Malaya perlu terikat dengan formasi 4-3-3 agar tidak terpesong daripada DNA bola sepak Malaysia.

Sebelum ini terdapat kritikan terbuka daripada FAM menerusi Peter De Roo kepada Brad Maloney. FAM menyatakan bahawa mereka kecewa kerana pasukan pasukan B-18 kita yang tidak bermain dengan formasi 4-3-3  ketika Piala AFF B-18 yang lalu.

Maloney ketika itu menerapkan beberapa formasi yang lebih defensif dengan 5-4-1 ataupun 3-5-2 (membentuk 5-3-2).

Dalam pembentangan hala tuju DNA bola sepak Malaysia, Peter menggariskan bahawa formasi 4-3-3 adalah yang paling sesuai dengan bola sepak Malaysia.

Lalu beliau mahukan formasi itu digunakan oleh semua peringkat daripada remaja sehingga ke pasukan utama.

Terdapat juga kerisauan, jurulatih mungkin akan dipecat hanya kerana tidak mahu menggunakan 4-3-3.

Kami di editorial semuanyaBOLA merasakan, formasi itu bukan elemen wajib dalam pembentukan DNA bola sepak. Tiki taka boleh dimainkan dengan 4-3-3, 4-2-3-1 ataupun 4-4-1-1 sekalipun.

Barcelona gemar dengan formasi 4-3-3. Itu bukan bermaksud mereka akan mengingkari DNA total football jika menggunakan formasi yang lain.

Di Manchester City, Pep Guardiola banyak menggunakan formasi selain daripada 4-3-3 untuk Juego di posisicion. Ini termasuk 4-1-4-1, 4-4-2 , 4-2-3-1 dan sebagainya, sebagai formasi asas mereka.

Apa yang penting adalah perlaksanaan taktikal yang memaparkan DNA kita mahukan. Jika kita mahukan permainan posesif, maka kita membentuk gaya permainan dengan gaya penguasaan bola dengan opsyen beberapa formasi yang kita boleh gunakan.

Ini turut mengambil kira kualiti pemain yang kita ada.

Tan Cheng Hoe sendiri buat masa ini banyak menggunakan sistem yang ada pemain ‘hole’ ataupun formasi yang ada no.10 sama ada 4-2-3-1 ataupun 4-4-1-1. Namun Tan Cheng Hoe juga kerap menggunakan 4-3-3 apabila perlu.

Datuk Ong Kim Swee pula selesa dengan sistem bek bertiga yang membentuk rantaian berlima. Beliau pernah berjaya menewaskan Korea Selatan dengan formasi tersebut dalam Sukan Asia yang lalu.

P. Maniam dan juga Brad Maloney juga memiliki formasi yang mereka gemari. Oleh itu, jika FAM mahu meletakkan formasi sebagai aspek asas kepada DNA, mereka perlu teliti dalam pemilihan jurulatih berdasarkan identiti permainan mereka sebelum ini.

Rumusannya, kami di SemuanyaBOLA tidak merasakan formasi itu perlu dihadkan kepada 1 sahaja. Keupayaan bermain pelbagai formasi adalah lebih baik untuk pemain dan pasukan.

Apa yang penting adalah DNA yang kita kena jaga adalah gaya permainan, mentaliti pemain di atas padang, ini lagi penting.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN