Siapakah Pengkhianat Harimau Malaya? Satu Ulasan Artikel ULTRAS Berita Harian

Siapakah pengkhianat Harimau Malaya? Saya tertarik dengan satu tulisan artikel bertajuk “Usah Sahut Seruan Dalang Lagakan TMJ” yang disiarkan di dalam bahagian ULTRAS akhbar Berita Harian pada hari ini.

Artikel ini turut menarik minat dan disiarkan di laman media sosial rasmi Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga JOHOR Southern Tigers (JST).

Saya tergerak untuk membawa pembaca-pembaca semuanyaBOLA untuk memahami intipati yang cuba disampaikan oleh penulis lewat daripada artikel tersebut.

Artikel yang turut dipetik oleh laman Facebook FAM & JST.

Apa rakyat Malaysia mahu?

Sebagai mukadimah, penulis bertanyakan kepada penyokong dan peminat bola sepak Malaysia, apakah yang mereka mahukan dengan suara sumbang yang dilontar tidak kena pada tempat tanpa memahami situasi bola sepak negara yang sebenarnya.

“Lebih sedekad penyokong dan peminat bola sepak Malaysia meraung mahukan rombakan dalam pentadbiran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).”

“Pelbagai cara dilakukan baik di dalam stadium mahupun di media sosial tapi semuanya gagal.”

“Namun begitu selepas hampir segala permintaan dimakbulkan yakni rombakan dan penstrukturan FAM sudah dicapai, masih banyak suara sumbang kedengaran mengherdik FAM.” Tulis artikel tersebut.

Apa Penyokong mahu?

Perkara ini sebenarnya mudah. TMJ telah membuktikan kepada kita bahawa baginda telah berjaya mencapai kejayaan bersama kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pencapaian Baginda bersama JDT adalah kejayaan yang tidak pernah tercapai oleh individu-individu dalam industri bola sepak tanah air sebelum ini.

Siapakah yang paling layak untuk merevolusikan bola sepak negara kalau bukan pemilik kelab JDT itu?

Apa yang baginda perlukan sekarang ialah masa dan ruang untuk bekerja. Berikan pucuk pimpinan FAM ini kedua-dua perkara tersebut.

Pengkhianat negara dalam FAM?

Penulis juga mempersoalkan tindakan beberapa pihak yang cuba menjadi watak hero di dalam arena bola sepak negara.

Hero dimaksudkan sering kali seolah-olah menjadi tukang penunjuk mencari kesilapan-kesilapan pucuk pimpinan baharu FAM di bawah pimpinan DYAM Tunku Ismail Tunku Ibrahim, Tunku Mahkota Johor  (TMJ).

Artikel ini membidas pihak yang  menggunakan akaun palsu dalam serangan secara berkelompok melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor.

“Modus operandi mereka amat jelas, iaitu untuk memberi imej buruk terhadap Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.” Jelas penulis di dalam artikel yang disiarkan pada hari ini.

Nyata FAM adalah sasaran pihak tertentu kerana ia adalah lubuk emas bagi sesetengah pihak. Badan induk bola sepak berkenaan dikatakan menjadi sarang penggubahan wang haram tanpa boleh dikesan oleh pihak berkuasa.

Bayangkan nilai tajaan bernilai ratusan juta milik FA tidak diketahui hilang ke mana.

Ini bukan dakwaan yang biasa-biasa. Jika terdapat sebarang aktiviti sebelum perubahan pucuk pimpinan yang didapati mencurigakan, siasatan mendalam oleh pihak berkuasa adalah wajib.

Perbuatan pihak berkenaan yang menyalahgunakan FAM selama ini tidak ada bezanya dengan pengkhianat negara. Ia seperti menjual maruah negara dengan memperjudikan nasib pasukan kebangsaaan kita.

Peribadi sebegini tidak ada bezanya dengan nilai seorang pembelot menjual negaranya kepada pihak musuh.

Mencipta sengketa

Pihak yang lantang mengkritik pucuk pimpinan baharu di dalam FAM bukanlah sebarangan individu. Mereka jelas akan kelemahan yang ada di dalam FAM.

Sebagai modal untuk meruntuhkan FAM, pihak ini bijak menggunakan kelemahan ini untuk memberi tekanan yang hebat kepada DYAM Tunku Ismail agar baginda melepaskan jawatan tersebut.

Dan seterusnya, jawatan tersebut diambil alih golongan antagonis ini.

“Perkembangan terkini menyaksikan kumpulan berkenaan menggunakan kelemahan penyokong yang ‘patriotik’ kepada pasukan negeri masing-masing dimanipulasi sebaik-baiknya.”

Mutu pengadilan sering menjadi fokus pengikut bola sepak Malaysia.

“Isu mutu pengadilan kini dijadikan perbahasan yang amat hangat hingga penyokong dan pemain ada yang hilang kewarasan.”

“Jika difikirkan secara halus, mutu pengadilan dalam Liga Malaysia sememangnya satu cabang yang amat rapuh dalam FAM dan mudah dieksploitasikan oleh pihak antagonis sebagai senjata terbaik untuk memburukkan FAM sepanjang masa.”

Apa pendapat rakan pembaca sekalian? Berbaloikah kita bertengkar sesama sendiri? Berbaloikah perhatian kita dialih oleh golongan antagonis tersebut hanya kerana sifat buruk yang ada di dalam diri kita yang mudah berprasangka?

Bilakah kita mahu berhenti bersengketa dan bersama-sama menumpukan usaha supaya Malaysia ke Piala Dunia?

RUMUSAN

Artikel ini diibaratkan bagai “wake up call” untuk semua pihak. Bahawasanya ini adalah masa untuk bekerja. Bahawasanya ini adalah masa untuk membina kembali gemilang yang hilang.

Ini adalah masa untuk menggerakkan Harimau Malaya yang tidurnya tersangat lama lenanya.

Jujurlah. Kita semua tahu betapa tenatnya bola sepak negara kita.

Jadilah peminat dan penyokong bola sepak yang berilmu, rasional dan bijak mengawal emosi.

Ini adalah masa untuk kita bersatu menentang pihak yang sekadar punyai kepentingan peribadi dalam bola sepak negara.

Kini adalah masa untuk memperbaiki serta membangunkannya kembali. Bila lagi andai bukan sekarang?

Tidak sanggup lagi untuk kita menunggu dari dekad bertukar abad untuk kita merasa bangga dengan pencapaian skuad kebangsaaan di pentas dunia.

Tanpa mengira peribadi diri, kita sebenarnya punyai peranan masing-masing untuk memastikan ngauman Harimau Malaya kembali mengegar pentas bola sepak dunia.

Ayuh Bangkit Semua Demi Harimau Malaya!

Nota editor: Ulasan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tak mewakili pendapat Semuanya BOLA sebagai satu organisasi.

Baca juga: TSAM Ajak FMLLP Berforum Dan Diskusi Terbuka Isu Pemotongan Mata Pasukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN