“Siapa Ronaldo?” – Pemilik Al-Nassr Tingkah Tawaran Terhadap Bintang Portugal Itu

Sebelum ini dunia bola sepak sedikit gempar, selepas salah satu kelab tidak begitu ternama dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang dunia, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo yang sudah pun mengesahkan untuk tidak lagi bersama Manchester United kini tidak lagi mempunyai mana-mana kelab untuk disertai serta menunggu jika ada tawaran sesuai buat beliau.

Salah satu kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldo ialah Al-Nassr yang beraksi dalam saingan liga di Arab Saudi, dengan tawaran mega dikhabarkan telah kepada bintang Portugal itu.

Tawaran kontrak yang diberikan juga jelas sangat tinggi dengan bernilai sebanyak £173 juta (RM924,601,315) untuk tempoh masa setahun.

Setelah kontrak Ronaldo tamat lebih awal bersama Manchester United sebelum ini atas krisis yang berlaku, pemain tersebut mungkin akan menyertai kelab tersebut, walaupun sebelum itu pernah menolaknya.

Walaubagaimana pun, pemilik kelab tersebut iaitu Musalli Al Muammar dikhabarkan telah pun menafikan perkara itu dengan menyatakan mereka tidak ada membuat sebarang tawaran kepada Ronaldo.

“Siapa Ronaldo? Saya tak pernah kenal dia. Ketika situasi yang heboh itu, Ronaldo sedang menjalani sesi latihan dan sibuk membuat persiapan ketika itu bersama Portugal untuk saingan Piala Dunia.

“Pada pandangan saya, dalam tempoh itu tak ada mana-mana pasukan yang akan membuat sebarang tawaran kepada beliau,” jelas pemilik kelab tersebut menerusi laman sukan Mirror.

Pada masa sama, ketua jurulatih Al-Nassr iaitu Rudi Garcia menerima dengan tangan terbuka untuk menjadikan Ronaldo sebagai pemain bawah kendaliannya.

Menurut beliau, Ronaldo dianggap hebat dan sangat bijak serta mana-mana jurulatih juga pastinya suka untuk melatih pemain seperti beliau dalam pasukan.

“Saya rasa mana-mana jurulatih pun pastinya teruja untuk melatih bintang terhebat seperti Ronaldo, dan jika tidak saya hampir melatih beliau pada tahun lalu bersama Manchester United sebelum kelab itu memilih Ralf Rangnick akhirnya.

“Tiada yang istimewa, tetapi pada pandangan saya mana-mana pemain hebat tidak sukar untuk ditangani kerana mereka bijak.

“Saya mengesahkannya sendiri selepas melihat Francesco Totti bersama AS Roma suatu ketika. Ketika ini, sasaran Al-Nassr mudah sahaja iaitu memenangi kejuaraan liga,” terang pengendali tersebut.

Kini, Ronaldo sedang menjalani sesi latihan bersama Real Madrid dalam usaha untuk mengekalkan kecergasan selepas kembali daripada Qatar.

Tiada lagi sebarang khabar angin jika Ronaldo mungkin akan kembali bersama Real dan pemain tersebut juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lagi.

Sumber:
Mirror

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN