Siapa Pengganti Syafiq Ahmad Untuk Aksi Berdepan JDT?

Penyerang pinjaman Kedah Darul Aman (Kedah) Syafiq Ahmad sudah pasti tidak dapat dibawa turun untuk aksi membabitkan pasukan itu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA 2024/2025.

Berlangsung di Stadium Darul Aman (SDA), Kedah terpaksa melupakan hasrat mereka untuk menggunakan khidmat Syafiq kerana beliau merupakan pemain pinjaman daripada JDT.

Musim ini menyaksikan Syafiq telah pun meledak dua jaringan selain menampilkan impak cukup cemerlang buat Sang Kenari khususnya di hadapan gawang gol.

Kecemerlang Syafiq bukan sahaja terarah kepada kualiti beliau di hadapan gawang gol, tetapi pemain kelahiran Pulau Pinang ini memiliki keupayaan tinggi untuk menggerakan serangan Sang Kenari.

Pastinya ketiadaan Syafiq sedikit sebanyak bakal dirasai oleh Nafuzi Zain untuk meletakkan pemain pengganti bersesuaian pada aksi tersebut Jumaat ini.

Persoalannya, siapa pemain yang sesuai untuk menggantikan khidmat beliau pada aksi Jumaat ini bertemu JDT yang dijangka memberi cabaran besar buat Kedah?

Setakat tujuh perlawanan domestik diharungi Syafiq, pemain ini sudah pun meledak dua jaringan secara keseluruhan bersama kualiti permainan cukup menyakinkan.

Penyerang Harimau Malaya itu mampu menawarkan kreativiti, kualiti hantaran, serta ketajaman untuk memastikan serangan Sang Kenari menyerlah di sebalik isu konsistensi pemain import.

Maka, pengganti Syafiq juga pastinya perlu memiliki kelebihan atau keupayaan seperti pemain tersebut untuk mengelakkan momentum serangan kelab terjejas.

Menurut Nafuzi Zain dalam petikan Sinar Harian, beliau memiliki beberapa pemain pilihan dan masih menilai sebaik mungkin untuk menggantikan khidmat Syafiq.

“Kami ada beberapa pilihan dan kita akan pastikan pemain itu sesuai untuk kita gunakan. Ia bergantung bagaimana cara kita mahu bermain menentang JDT nanti.

“Jadi saya sedang menilai siapakah yang paling sesuai dan mampu memberi impak terbaik di posisi itu nanti,” ulas Nafuzi menerusi petikan daripada Sinar Harian semalam.

Untuk posisi serangan ketika ini, Kedah memiliki Milos Gordic serta Ebenezer Assifuah selaku penyerang utama dengan memegang status import buat pasukan berkenaan.

Bagi slot tempatan pula, Sang Kenari mempunyai beberapa pilihan bersesuaian untuk menggantikan khidmat pemain Malaysia tersebut seperti Fayadh Zulkifli, Aiman Afif, Afeeq Iqmal, serta Faiz Nasir.

Pandangan anda siapa lebih layak?

Sumber:
Sinar Harian, Arena HijauKuning

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN