Siapa Pemain Tumpuan Untuk Aksi KL City & Sabah?

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Saingan Liga Super 2024/2025 terus bersambung dengan kali ini membabitkan aksi antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang cabaran daripada Sabah dalam misi masing-masing untuk meraih tiga mata penting.

Mengimbas kepada perlawanan diharungi kedua pasukan ini pada minggu lalu, masing-masing tidak mencatat sebarang kekalahan dan boleh dikatakan berada pada momentum cukup positif.

KL City yang sebelum ini dilaporkan mengalami isu kewangan cukup parah, dianggap berjaya mengetepikan masalah itu di atas padang dengan para pemain menampilkan kualiti untuk mengikat Sri Pahang 0-0 di laman sendiri.

Sementara Sabah pula, berjaya bangkit daripada kekecewaan beberapa aksi lalu menerusi kemenangan 2-0 mengatasi Negeri Sembilan yang juga berlangsung di laman sendiri.

Melihat kepada momentum masing-masing yang berada pada tahap terbaik, dijangka aksi sengit bakal berlangsung dengan kedua jurulatih pasti akan menurunkan kesebelasan utama terbaik.

Untuk aksi hari ini, kami menyenaraikan tiga pemain yang dijangka bakal mencuri tumpuan untuk membantu kelab masing-masing meraih kemenangan atau keputusan lebih positif.

Paulo Josue (KL City)

Tonggak utama KL City tersebut sudah pun beraksi sebanyak enam perlawanan di pentas domestik musim ini bersama aksi yang cukup menyakinkan.

Daripada enam perlawanan dilalui, Josue sudah pun meledak empat gol secara keseluruhan serta menampilkan corak permainan cukup berkualiti di posisi tengah dan serangan.

Kelebihan pemain dari Brazil ini sudah tentu terarah kepada daya sepakan percuma beliau yang sangat tepat untuk menewaskan penjaga gol pasukan lawan.

Haqimi Azim (KL City)

Sukar untuk menafikan bintang muda KL City ini sebenarnya sedang melalui musim yang cukup baik buat kelab serta pasukan kebangsaan bersama pemain senior lain.

Untuk musim ini, Haqimi mendapat lebih banyak peluang beraksi di atas padang dan gandingannya bersama Josue jelas sangat menyakinkan buat siri serangan KL City.

Bintang muda Harimau Malaya ini memiliki keupayaan cukup baik selaku penyerang menerusi kelincahan, ketajaman, serta fizikal yang kuat untuk mengatasi lawan.

Firdaus Chew (Sabah)

Pemain serba boleh ini sekali lagi membuktikan dirinya masih berbisa di posisi hadapan gawang gol dan dibuktikannya sejak musim lalu berdsms Sabah.

Catatan semasa menyaksikan Firdaus sudah pun beraksi sebanyak enam perlawanan serta meledak dua gol bersama satu bantuan jaringan secara keseluruhan untuk menggambarkan beliau sangat berkualiti.

Pastinya Datuk Ong Kim Swee akan terus mempertaruhkan Firdaus pada aksi hari ini dengan beliau juga berkemampuan di posisi sayap kiri serta kanan selain selaku penyerang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN