Siapa Mampu Tumbangkan KL City Buat Kali Pertama Di Stadium KLFA?

KL City Stadium KLFA 2021 Liga Super agresif Bojan Hodak

Mungkin ramai menjangkakan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) sukar digugat, namun KL City FC merekodkan sesuatu yang tidak terduga di Stadium KLFA.

Selepas 13 perlawanan, KL City kekal gah di gelanggang sendiri dengan rekod tanpa kalah. Daripada enam perlawanan, mereka menang empat dan seri dua kali dengan 14 mata, satu mata di depan pendahulu sebenar liga, JDT yang tumbang sekali.

Begitupun mereka bermasalah ketika bertandang ke gelanggang lawan apabila belum pernah merekodkan sebarang kemenangan. Daripada tujuh aksi skuad City Boys di luar Kuala Lumpur, mereka tumbang empat kali dan merekodkan tiga keputusan seri.

Ini yang menyebabkan mereka berada di kedudukan ke-6 Liga Super 2021, dua mata di belakang seteru Lembah Klang, Selangor FC dengan 19 mata. Namun, ia masih pencapaian yang baik kerana ini musim pertama mereka kembali ke Liga Super.

Sebelum ini, ketika kembali ke Liga Super pada musim 2018, mereka berjaya mengelak penyingkiran apabila menduduki kedudukan ke-10. Namun, ia tidak kekal lama apabila mereka telah disingkirkan kembali ke Liga Premier pada musim berikutnya.

Sepanjang 18 musim Liga Super sejak 2004, KL City (sebelum ini Kuala Lumpur) hanya kembali ke saingan tertinggi Liga Malaysia pada musim ke-7 iaitu pada musim 2010 serta telah tersingkir sebanyak dua kali iaitu pada musim 2012 dan 2019.

Boleh dikatakan musim ini tampak seakan-akan segalanya baik buat mereka. Mereka berada di kedudukan pertengahan liga dengan liga berbaki sembilan perlawanan.

Siapa yang mampu tumbangkan KL City di gelanggang mereka? Daripada sembilan perlawanan, lima perlawanan akan berlangsung di Stadium KLFA, Cheras. Jika tidak tumbang, mereka mampu meraih 15 mata maksimum dan minimum lima mata.

Jika kita menganggap mereka tewas semua empat perlawanan di gelanggang lawan dan hanya meraih minimum lima mata di gelanggang sendiri (seri dalam semua baki perlawanan), mereka mampu terselamat daripada penyingkiran buat kali kedua.

Ini kerana, berdasarkan kajian Semuanya BOLA dalam artikel ‘Berapakah Mata Diperlukan Pasukan Liga Super Untuk Mengelak Dari Tersingkir Ke Liga Perdana?‘, mana-mana pasukan perlu memburu magic point, 22 mata di penghujung musim.

Dengan 17 mata yang dikumpul setakat ini, lima mata sudah mancukupi untuk mereka kekal di saingan Liga Super. Pasukan mana yang mampu merencatkan usaha mereka?

Lima pasukan yang bakal bertandang ke Stadium KLFA bermula pada 24 Julai depan adalah Selangor, Melaka United, PJ City, Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC (Kedah). Tiga pasukan merupakan pasukan yang berada di atas mereka saat ini.

Adakah impak kehadiran Bojan Hodak membuatkan KL City akan kembali digeruni? Namun, untuk digeruni, mereka perlu memperbaiki prestasi di gelanggang lawan. Tidak guna hanya gah di gelanggang sendiri, tetapi tampil ‘lembik’ di tempat lawan.

Baca lagi artikel lain mengenai Liga Malaysia dan bola sepak antarabangsa:

Berapakah Mata Diperlukan Pasukan Liga Super Untuk Mengelak Dari Tersingkir Ke Liga Perdana?

[VIDEO]: Siapa Antara Pemain Cilik Ini Sudah Cipta Nama Di Arena Bola Sepak Malaysia?

Analisis: Di Mana Silapnya England Dalam Aksi Final Euro 2020?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN