Nidzam Jamil secara rasminya kini melepaskan jawatan beliau selaku ketua jurulatih Selangor, selepas ianya diumumkan sendiri menerusi media rasmi kelab tersebut sebentar tadi di media sosial.
“Selangor FC mengumumkan bahawa Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil telah meletakkan jawatannya, berkuatkuasa serta-merta.
“Beliau telah memohon untuk mengundur diri dari mengemudi pasukan utama Selangor FC dan pihak kelab menghormati keputusan beliau.
“Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam Jamil atas sumbangan beliau sepanjang tempoh
perkhicmatannya.
“Dibawah bimbingan beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama, Selangor FC kini sedang berada di antara kelompok teratas liga, muncul naib juara Piala FA musim ini, serta menduduki tempat teratas Kumpulan H untuk saingan AFC Champions League Two.
“Beliau banyak memupuk semangat kompetitif di kalangan pemain, dan kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini.
“Tugas Ketua Jurulatih pasukan utama Selangor FC akan digalas oleh Abdi Hassan secara interim sementara Kelab mengenalpasti Ketua
Jurulatih baru.
“Selamat maju jaya dan terima kasih diucapkan kepada Nidzam Jamil atas segala sumbangan dan komitmen beliau kepada Selangor FC,” ujar laman tersebut.
#𝐅𝐨𝐫𝐞𝐯𝐞𝐫𝐑𝐞𝐝 𝐍𝐢𝐝𝐳𝐚𝐦 𝐉𝐚𝐦𝐢𝐥 ❤️💛
Terima kasih atas segala sumbangan, komitmen dan dedikasi kepada kelab selama berada di #SFC. Kami amat menghargai pengorbanan dan jasa anda! 🙌#SFC #MKLK#MerahKuning #LambangKebanggaan pic.twitter.com/gUDVFm1LZE
— Selangor FC (@selangorfc) October 30, 2024
Persoalan kini timbul mengenai calon pengganti jurulatih tersebut sementara ia sedang diisi seketika oleh Abdi Hassan untuk meneruskan persaingan liga domestik serta pentas Asia.
Menerusi prestasi semasa kelab tersebut yang dianggap sangat baik, sudah tentu The Red Giants perlu mendapatkan seorang calon jurulatih berkaliber untuk membawa nama mereka terus gah.
Antara cadangan untuk jurulatih tempatan, mungkin Selangor boleh menebus kontrak Nafuzi Zain yang dianggap mempunyai kredibiliti serta gah daripada segi taktikal menerusi cara kerja beliau bersama Kedah Darul Aman (Kedah) serta Terengganu.
Selain itu, Selangor juga mungkin wajar mendapatkan jurulatih dari luar negara yang memiliki pengalaman serta mahir menyerap tekanan seperti bekas pengendali Tajikistan, Petar Segrt.
Apapun, adalah lebih baik untuk kelab tersebut menandatangani jurulatih berkaliber dari luar negara yang dianggap memiliki idea lebih segar serta berpengalaman untuk mengendalikan kelab itu.
Atau, lantik sahaja salah seorang jurulatih tempatan dari Jordan yang dianggap menepati kriteria diperlukan pasukan itu untuk menjadi lebih baik kerana Selangor juga memiliki beberapa pemain negara tersebut.
Pandangan anda?