‘Si Gemuk Ronaldo!” – Status ‘Legenda’ Tak Halang Penyokong Cruzeiro Laung Protes Terhadap Pemilik Kelab

Ronaldo Penyokong Cruzeiro

Permulaan legenda Brazil, Ronaldo Nazario sebagai pemilik baharu kelab di negaranya, Cruzeiro nampaknya tidak seperti yang diharapkan.

Menurut laporan Reuters, ratusan penyokong fanatik pasukan berkenaan membuat demonstrasi di luar pusat latihan sebagai tanda protes terhadap ‘rejim’ baharu.

Lebih sadis lagi, penyokong yang hadir dalam protes tersebut melaungkan “Si gemuk Ronaldo! Datang sini dan jelaskan!”kerana berang dengan beberapa keputusan pihak pengurusan kelab.

Kemarahan itu timbul beberapa hari selepas penjaga gol veteren Fabio yang menyertai Cruzeiro pada 2005 mendedahkan beliau akan meninggalkan pasukan.

Menerusi satu surat terbuka kepada penyokong, penjaga gol berusia 41 tahun itu menjelaskan pengurusan baharu kelab tidak menawarkan kontrak baharu kepadanya seperti mana yang dipersetujui bersama pengurusan lama.

“Pembaharuan kontrak sebelum ini sudah pun dipersetujui oleh pihak kelab, tetapi pengurusan [baharu] tidak memberikan pilihan ini kepada saya,” ujar Fabio di akaun Instagram miliknya.

Fabio yang sudah beraksi 976 perlawanan untuk pasukan itu berkata beliau sememangnya mahu memperbaharui kontraknya untuk setahun lagi, tetapi sekadar ditawarkan lanjutan selama tiga bulan yang membuatkan beliau rasa sedih dan terhina.

Cruzeiro kemudian membuat beberapa siri ciapan sebagai penghargaan kepada penjaga gol tersebut tanpa menjelaskan beberapa dakwaan yang berlegar di media.

Ronaldo yang pernah mewakili Cruzeiro di awal kariernya telah membayar 400 juta Reis (RM295 juta) untuk mengambil alih kelab tersebut pada bulan lalu menjelang perayaan Krismas.

Dalam kenyataan awalnya selaku pemilik, bekas pemenang Piala Dunia dua kali itu secara terbuka menjelaskan antara keutamaannya adalah untuk mengurangkan kos operasi pasukan bagi menyelasaikan masalah hutang yang semakin meruncing.

Pasukan yang bertapak di bandaraya Belo Horizonte itu merupakan salah satu kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Brazil yang pernah menjuarai Serie A dan juga Copa Libertadores.

Namun mereka kini sudah dua tahun beraksi di Serie B dan masih bergelut untuk kembali ke divisyen utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN