RASMI: Shunsuke Nakamura Sertai Yokohama FC Pada Usia 41 Tahun

Masihkah anda ingat dengan Shunsuke Nakamura?

Sudah lama kita tidak mendengar nama beliau bukan? Barangkali ada yang telah ingat pemain itu sudah pun bersara.

Tetapi, beliau sebenarnya masih lagi beraksi!

Menurut laporan BBC Sport, Nakamura kini telah menyertai Yokohama FC pada usia 41 tahun!

Bekas pemain skuad kebangsaan Jepun itu memilih untuk turun daripada divisyen 1 Jepun kepada divisyen 2 untuk bersama-sama Yokohama FC.

Menurut Nakamura, misinya kini adalah untuk membantu Yokohama FC kembali semula ke saingan tertinggi bola sepak Jepun.

Apa yang menarik mengenai perpindahan Nakamura ke Yokohama FC ialah beliau akan disertai dengan pemain profesional tertua dalam bola sepak iaitu Kazuyoshi Miura.

Miura masih lagi beraksi untuk Yokohama FC walaupun usia telah menjangkau setengah abad iaitu 52 tahun.

Beliau malah masih lagi melakukan penampilan untuk kelab itu apabila beraksi sebanyak 2 kali pada musim ini.

Nakamura mencipta nama ketika beraksi di Eropah bersama-sama dengan pasukan Celtic di Scotland.

Nakamura jelas diingati sebagai salah seorang pemain yang cukup berkaliber dari segi kepakaran teknikal beliau ketika menggunakan kaki kiri.

Selain itu, Nakamura juga dikenang sebagai pakar sepakan percuma ketika beraksi di sana.

Gol sepakan percuma beliau ketika menentang Manchester United dalam aksi UEFA Champions League terus dikenang sebagai antara gol termasyhur dalam perlawanan melibatkan 2 pasukan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasĀ untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN