Shukor Salleh Terkejut Akademi Mokhtar Dahari Banyak Kepincangan

AMD

Pendedahan Menteri Belia dan Sukan, Yb Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai segala kekurangan yang terdapat di Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, baru-baru ini telah menarik perhatian pelbagai pihak termasuk bekas pemain kebangsaan, Datuk Shukor Salleh.

Lawatan mengejut yang dilakukan oleh Syed Saddiq itu mendapati bilik pemain begitu panas seperti ‘oven’ dan para pemain NFDP tidak diberi penjagaan pemakanan dengan sempurna.

Pemain NFDP menjalani latihan di padang MSN, Bukit Jalil.

“Bagaimana kita mahu muelahirkan pemain dan pasukan yang berkualiti jika perkara asas diperlukan mereka seperti kelengkapan peralatan, padang latihan dan aspek pemakanan diabaikan.

“Kekurangan ini memberi kesan psikologi kepada pemain. Anak-anak muda ini bukan sekadar memerlukan tunjuk ajar di dalam padang malah aspek kasih sayang untuk melahirkan mereka sebagai pemain yang cintakan negara.

“Tapi, kalau dah makan pun kena catu dan tidak berkhasiat, macam mana nak main bagus. Hari itu saya terkejut mereka gagal tapi jika begitu keadaan di AMD, memang patutlah kita gagal,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Shukor juga melahirkan rasa hairannya bagaimana selama ini pihak yang menguruskan akademi itu mengambil sikap menutup mulut terhadap kepincangan yang berlaku.

Padang Di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang. Foto: Faliq Firdaus.

“Kalau menteri tak pergi jenguk, mungkin hal ini terus dirahsiakan. Soal mengapa selama ini mereka termasuk (Lim) Teong Kim selaku pengarah akademi itu hanya mendiamkan diri sedangkan ini isu serius.

“Kelemahan seperti ini tidak patut berlaku kerana ia sebuah projek besar yang menelan belanja berpuluh-puluh juta ringgit. Banyak duit dan tenaga dicurahkan ke situ.

“Satu lagi, ingat, akademi ini membawa nama (Allahyarham Datuk) Mokhtar Dahari, janganlah kita rosakkan nama legenda kita itu dengan soal begini,” tegasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN