“Show By Example”- Joseph Kalang Kalang Tie Wajar Dicontohi Semua Pemain Muda Negara

Siapa sangka pada usia 36 tahun, pemain seperti Joseph Kalang Tie masih lagi kekal relevan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dan setia untuk mewakili Kuching City musim 2023.

Pada usianya yang gemilang lalu, nama Joseph sering menjadi igauan pertahanan lawan ekoran kelincahan beliau serta gerakan-gerakan liciknya banyak membantu pasukan diwakili menghasilkan gol.

Pernah menjadi rebutan beberapa pasukan besar suatu ketika, Joseph pernah mewakili Sarawak, Terengganu, Sri Pahang, serta Selangor, sebelum mengesahkan tempat bersama Kuching City.

Kuching City yang buat pertama kali menyertai saingan Liga Super musim ini pastinya berharap agar segala pengalaman dimiliki Joseph mampu dicurahkan dengan baik khususnya buat para pemain muda kelab.

Musim ini pastinya menjadi sesuatu yang istimewa buat Joseph, selepas saingan Liga Super sebelum ini senyap tanpa kehadiran beliau di atas padang.

Ketika sesi temu bual bersama pembantu jurulatih Kuching City iaitu Sulaiman Hussin, beliau mendedahkan sisi sebenar Joseph serta pengaruh positif dibawanya untuk pasukan selama ini.

“Walaupun jarang dibawa turun beraksi dalam kesebelasan utama atau mana-mana perlawanan, kehadiran Joseph sangat penting untuk menaikkan moral para pemain muda.

“Malah, Joseph juga tidak pernah mengecewakan aksinya ketika diberi peluang bermain di atas padang untuk menunjukkan impak besar di posisi serangan.

“Untuk pemain muda, Joseph tidak begitu banyak bercakap tetapi beliau menunjukkannya menerusi contoh latihan dan permainan untuk memberi inspirasi kepada mereka,” jelas Sulaiman kepada kami.

Sulaiman juga sempat mengulas mengenai jaringan hebat Joseph pada aksi pramusim di Kemboja lalu yang tiba-tiba menjadi tular di media sosial.

“Mengenai jaringan Joseph itu, ianya bukan sesuatu yang pelik kerana gol tersebut dihasilkan daripada salah seorang pemain berpengalaman dalam negara.

“Beliau tahu tahap kekuatan sepakannya, mempunyai teknik yang baik, serta menggunakan pengalaman luas dimiliki untuk memerangkap penjaga gol lawan. Ianya bukan berkisarkan kepada nasib semata-mata,” terang beliau kepada kami.

Pengendali muda berbakat besar itu juga mahu para pemain Kuching City, khususnya anak jati Sarawak untuk berani mencabar diri selepas ini beraksi di semenanjung seperti dibuat oleh Joseph.

“Lihat sahaja Joseph, berkat keberanian beliau untuk cuba mencabar diri berjaya meletakkan dirinya sebagai salah satu pemain terbaik pernah dilahirkan Sarawak.

“Ayuh, lebih ramai para pemain muda Sarawak selepas ini cuba menjadikan Joseph sebagai contoh untuk menjadi pemain yang sentiasa berada di luar zon selesa,” gesa Sulaiman akhir sekali.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN