Dua perlawanan suku akhir Piala FA berlangsung pada malam tadi. Pahang menanti kunjungan Terengganu di Stadium Darul Makmur, setelah tewas 2-1 dalam perlawanan pertama. Manakala Kedah yang merekodkan kemenangan selesa 3-1 sebelum ini di Shah Alam, melayan kunjungan PKNS FC di Alor Star.
Tok Gajak amuk di Stadium Darul Makmur
Ketinggalan 2-1 secara agregat, skuad kendalian Dollah Salleh mengetahui mereka perlu bangkit dalam perlawanan ini. Berbekalkan satu jaringan di tempat lawan, kemenangan 1-0 sebenarnya sudah memadai buat Pahang mara ke peringkat separuh akhir.
Namun demikian, barisan pemain Pahang seperti ada sesuatu yang mahu dibuktikan kepada penyokong mereka – apatah setelah turut tewas 0-2 kepada PJ City di saingan Liga Super Malaysia pada minggu lalu.
7’| GOL FAISAL HALIM!
Gol awal yang dicari-cari oleh Tok Gajah ditemui oleh mereka!
Rembatan oleh Sumareh gagal ditangkap kemas oleh Suffian dan tidak disia-siakan oleh Faisal Halim.@OfficialPahang 1-0 @FCTerengganu #ShopeePialaFA2019#MFLLive#PHGTER pic.twitter.com/pVNqDBLPJn
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 10, 2019
Tidak membuang masa, tuan rumah berada di hadapan melalui jaringan Mohd Faisal Halim seawal minit ke-7 perlawanan. Jaringan awal tersebut jelas permulaan yang diperlukan oleh pasukan Pahang, dan terus menggandakan asakan.
Aksi seterusnya menyaksikan percubaan Mohamadou Sumareh berjaya ditepis oleh Mohd. Sufian Abd Rahman pada minit ke-39 sebelum percubaan oleh Faisal tersasar di sebelah kiri gawang lawan.
Terengganu turut memiliki peluang mereka dalam perlawanan ini, namun tandukan oleh Tcheche Kipre di minit akhir babak pertama perlawanan tidak menepati sasaran.
48’| GOL DICKSON!
‘2 steps penalty’ tenang oleh Dickson Nwakaeme meletakkan Tok Gajah dua gol dihadapan di Kuantan pada malam ini! Terdahulu, beliau dijatuhkan oleh Suffian Rahman didalam kotak penalti.@OfficialPahang 2-0 @FCTerengganu #ShopeePialaFA2019#MFLLive#PHGTER pic.twitter.com/nOQvm5yEVZ
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 10, 2019
Hanya seminit selepas separuh masa kedua bersambung, Terengganu terus dihukum melalui Dickson Nwakaeme, selepas beliau sendiri dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Mohd Sufian.
Nwakeme terus membuatkan kehadiran beliau di dalam perlawanan ini terus terasa dengan gol kedua peribadi dan ketiga buat Pahang pada minit ke-63 perlawanan.
75’| GOL SUMAREH!
Mohamadou Sumareh menghukum kelekaan pertahanan Sang Penyu apabila mengasilkan gol keempat Tok Gajah malam ini. Pahang semakin hampir ke separuh akhir!@OfficialPahang 4-0 @FCTerengganu (5-2)#ShopeePialaFA2019#MFLLive#PHGTER pic.twitter.com/Nt8WgR60wl
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 10, 2019
Sumareh akhirnya menamatkan kemarau jaringan beliau pada musim ini dengan gol ke-4 Pahang.
Kemenangan 4-0 ini bermakna skuad bimbingan Dollah Salleh mara ke separuh akhir dengan agregat 5-2.
Tiada kejaiban di Stadium Darul Aman
Jika keajaiban yang dimpikan oleh PKNS FC, maka ia sememangnya tidak hadir di Stadium Darul Aman pada malam tadi. Kedah yang memiliki bekalan selesa hasil dari kemenangan 3-1 di Shah Alam, memastikan kelebihan agregat dua gol milik mereka terus dipertahankan dalam perlawanan ini.
Kedah terlebih dahulu melakukan ancaman apabila tandukan Fernando Rodriguez hasil dari hantaran Farhan Roslan tidak menepati sasaran pada minit ke-5 perlawanan.
16’| GOL BAUMAN!
Hijau Kuning melebarkan agregat mereka apabila gerakan menarik yang dimulakan oleh Zaquan Adha disudahkan dengan tenang oleh Jonatan Bauman!@official_kfa 1-0 @ThePKNSFC #ShopeePialaFA#MFLLive#KEDPKNS pic.twitter.com/By8GmxgXz3
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 10, 2019
Walaupun PKNS FC berusaha untuk memburu jaringan penyamaan melalui situasi bola mati, Kedah terlebih dahulu berada di hadapan selepas Jonathan Bauman menyambar hantaran lintang Rodriguez untuk mendahului 1-0 pada minit ke-16 perlawanan.
31’| GOL PKNS!
PKNS kembali bernafas selepas hantaran lintang oleh Gabby Guerra ditampan masuk ke gol sendiri oleh pertahanan Kedah, Azmeer Yusof.@official_kfa 1-1 @ThePKNSFC (4-2)#ShopeePialaFA#MFLLive#KEDPKNS pic.twitter.com/VsBwyJTlTl
— MFL LIVE (@MFL_Live) May 10, 2019
PKNS FC cuba melakukan asakan selepas itu dan hasilnya umpanan Gabriel Guerra kepada rakan sepasukan ke dalam kotak penalti tetah ditampan oleh Azmeer Yusod ke gawang sendiri.
Tiada perubahan jaringan selepas itu, dan kedudukan kekal terikat 1-1 untuk Kedah selesa mara ke separuh akhir dengan agregat 4-2.