Shopee Piala FA: Tandukan Kpah Sherman Singkirkan JDT

JDT turun melayan kunjungan PKNS FC dalam saingan Piala FA untuk pusingan ke-3 di Larkin.

Separuh masa pertama

JDT memulakan perlawanan dengan serangan bertali arus ke gawang gol PKNS FC.

Pasukan tuan rumah menerima tamparan awal dalam perlawanan ini – ianya selepas Kiko Insa dilayangkan kad merah pada minit ke-11.

Pengadil melayangkan kad merah langsung kepada Kiko Insa selepas beliau menjatuhkan Faizat Ghazali dalam keadaan Kiko Insa pemain pertahanan terakhir.

Kiko Insa (JDT) menerima kad merah – foto: JST

Ini bermakna JDT perlu bermain 10 pemain untuk baki 79 minit perlawanan lagi. Sepakan percuma Romel Morales agak lemah dan mudah diselamatkan Izham.

Tidak lama selepas itu, JDT diuji oleh PKNS FC dengan satu percubaan Kpah Sherman yang memaksa Izham Tarmizi melakukan aksi menyelamat.  Kpah Sherman juga hampir mewujudkan 1 lawan 1 dengan Izham Tarmizi namun berjaya dibentes bersih oleh Fadhli Shas.

Pada minit ke-31, giliran Syafiq Ahmad pula menguji penjaga gol PKNS – Zariff Irfan.

Mauricio dimasukkan ketika perlawanan menuju ke masa rehat separuh masa. Beliau menggantikan Syamer Kutty untuk bermain di bek tengah.

Separuh masa pertama JDT ternyata banyak diancam menerusi serangan balas oleh PKNS FC. Hazwan Bakri adalah pemain JDT yang paling cemerlang di zon serangan dengan 3 ciptaan peluang. Namun mereka tiada penyudah.

Separuh masa kedua

Hanya 3 minit bersambung babak ke-2, PKNS di hadapan menerusi Kpah Sherman, hasil umpanan lintang R. Surendran.

JDT memasukkan Safawi Rasid pada minit ke-65 untuk menajamkan lagi serangan mereka. Safawi menggantikan Hazwan Bakri.

Syafiq Ahmad menerima bola dalam kotak penalti. Namun percubaan beliau berjaya dihadang. Ini diikuti oleh percubaan Safawi yang berjaya dihadang oleh Rodney Calvin.

JDT menggandakan asakan dan mereka hampir mendapat gol menerusi percubaan bahaya daripada Safawi Rasid.

Pada 15 minit terkahir JDT mendominasi perlawanan dengan PKNS FC hanya bertahan dengan 9 pemain di belakang bola.

Dan minit ke-84, permainan kombinasi antara Guerra dan Kpah Sherman mencipta ancaman bahaya. Namun sayangnya Kpah Sherman gagal menyempurnakan peluang keemasan dan percubaan beliau dihadang dan dirampas pertahanan JDT.

Romel Morales melakukan percubaan jarak jauh pada minit ke-87.  Namun Izham sudah bersedia untuk menafikan percubaan tersebut. Tidak lama selepas itu Mahali Jasuli pula mepersia-siakan peluang gol.

Qayyum Marjoni menjadi wira minit akhir PKNS FC apabila memintas bola daripada Azriff Nasrulhaq yang berada di sebelah ‘near post’ untuk melepaskan percubaan ataupun umpanan.

Tamat perlawanan, PKNS menewaskan JDT di Larkin dengan jaringan 1-0. Pasukan pilihan – JDT – tersungkur di pusingan ke-3.

Kredit feature image: JST

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN